Babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam orang gila (2)

Thursday 16 February 2012

Bila Malaysian Insider 10/2/12 melaporkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, saya tidak terus menerkam mengalu-alukan kenyataan itu. Saya tidak percaya.

Memang betul, Harussani ketika itu macam bagi kita peluru yang boleh kita gunakan untuk tibai Najib cukup-cukup. Tetapi, saya tak selera langsung nak guna "peluru" itu. Saya tidaklah ada apa-apa kebolehan sehingga awal-awal lagi boleh meramalkan Harussani akan tarik balik kenyataannya. Bohong besarlah kalau saya mendakwa begitu.

Dan akhirnya, bila wak yet itu berkluk-klek (lihat Utusan Malaysia hari ini "Tak menyalahi hukum syarak" dan Sinar Harian Online semalam "Thaipusam: Najib tak langgar hukum syarak, kata Harussani"), saya bersyukur sangat kepada Allah s.w.t. kerana tak ambik pot kenyataan macam bagus mufti yang tak mampu langsung saya hormati itu.

Saya juga harap ia jadi pengajaran kepada yang lain supaya lain kali jangan cepat menerkam dan menyambut atau mengalu-alukan kenyataan orang-orang seperti Harussani, walaupun macam bagus je kenyataan dia tu.

Banyak orang gaduh bila saya kata "babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam orang gila". Saya tak gaduh bila orang gaduh pasai saya kata lagu tu. Tinggal lagi, saya teringat Surah al-A'raf ayat 179:
أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ
Maksudnya: Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Allah memberikan perumpamaan sedemikian kepada orang-orang yang lalai (الْغَافِلُونَ). Allah mengumpamakan orang-orang yang lalai seperti binatang ternak. Antara binatang ternak pula ialah babi.

Saya juga teringat bahawa pangkat serta kedudukan dengan kelulusan yang tak seberapa adalah antara yang paling melalaikan




http://penarikbeca.blogspot.com/2012/02/babi-lebih-mulia-dari-ulama-yang_16.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+penarikbeca+%28~penarik+beca%29

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP