Debat MCA Dan DAP 18 Feb. Apa Yang Kedua-dua Pemimpin Cina Ini Ingin Buktikan???

Friday 17 February 2012

ADA yang kata 'debat' antara kedua-dua pemimpin parti kaum Cina yang berlainan idealogi ini pasti 'hebat dan panas'. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya. Mengikut kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, debat yang akan didebatkan ialah isu berkaitan masa depan politik kaum Cina di negara ini. 


Isu itu yang mereka nak debatkan?. Politik?...politik masa depan orang Cina?. Apa, teruk sangatkah politik di negara kita ini, dan, adakah bangsa Cina di negara ini di sekat untuk berpolitik?...dan, masa depan politik yang macam mana bangsa Cina ni nak?. Setahu kita, kerajaan Malayisa  tidak pernah 'double standard' dalam hal-hal politik, kecuali jika ianya menyentuh 'sensitiviti' kaum yang lain yang menyurus kepada isu perkauman.

Kerajaan Malaysia memberi kebebasan kepada semua kaum di negara ini untuk berpolitik. Jadi, apa yang MCA dan DAP ni nak berdebat sangat tu?. Kepada MCA, IBM nak tanya, apakah kebaikannya kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya debat ini diteruskan. Dan, adakah pemenangnya di beri pengiktirafan?. Yang pasti, IBM nampak ianya memberi keuntungan atau 'advantage' kepada DAP. Segala kelemahan-kelemahan dan masalah dalaman parti MCA akan dapat dihidu oleh DAP yang sentiasa mencari ruang untuk menghapuskan MCA dan Barisan Nasional (BN).


Apapun, IBM ibaratkan debat kedua-dua parti bangsa Cina ini, hanya 'gimik' politik, kononnya kaum Cina di Malaysia ini ditindas dan dibuli oleh parti-parti lain seperti Umno. Sebenarnya, kaum Cina beruntung, kerana mereka mempunyai dua wakil untuk menjaga kepentingan mereka. Mereka ada MCA sebagi wakil mereka didalam kerajaan, dan satu lagi DAP yang sentiasa membangkang. Bagi pandangan IBM, mereka boleh duduk semeja sekiranya ada perkara yang berbangkit yang akan mengugat kaum mereka.


Tapi, bangsa Melayu cuma ada UMNO didalam kerajaan. PAS tetap jadi pembangkang tegar dan sentiasa menganggap UMNO musuh no 1 depa. Untuk duduk semeja berunding, amatlah payah, dan PAS sentiasa menganggap UMNO jahat dan tidak Islam. Itulah yang ruginya bangsa Melayu kita ni. 

Kita harus ingat, Cina tetap Cina. Wak ema parti apa yang mereka sertai, dan cara mereka berpolitik tetap sama. Depan mereka betul-betul macam musuh, tapi di belakang kita hanya Allah yang tahu. IBM bukan nak jadi 'batu api'...tapi ini realiti. IBM juga bukan anti MCA, tapi inilah hakikatnya bahawa kaum Cina di negara kita memang bebas sebebasnya untuk berpoitik, dan IBM percaya masa depan politik mereka lebih cerah jika nak dibandingkan masa depan politik bangsa kita melayu. Kerana apa?, melayu tidak bersatu dan masih menyimpan dan mengamalkan PHD. Tahu apa dia tu PHD?. Pandai-pandai le korang cari maknanya. Sekian.  



http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/2012/02/debat-mca-dan-dap-18-feb-apa-yang-kedua.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP