Gandingan JATI - PERKASA bakal ranapkan Pakatan
Wednesday, 15 February 2012
Jalur Tiga (Jati) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam konteks memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja.
Pengerusi Jawatankuasa Penubuhan Jati (Protem), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihak mengalu-alukan kesemua NGO yang mahu menyokong tiga elemen berkenaan.
Menurutnya, pelancaran Jati secara rasmi pada 21 Februari ini, akan dihadiri oleh 1,000 hadirin dan pendaftaran ahli akan dibuka pada hari berkenaan.
"Jati adalah NGO berdaftar dengan ROS, dan sehingga kini sokong yang diterima Jati amat menggalakkan. Jati juga tidak risau persoalan sama ada dilihat mahu bersaing dengan NGO tersebut (Perkasa), kerana kita bersedia bekerjama dengan mana-mana pihak yang mempunyai perjuangan IMR," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beiau berkata, sekiranya lebih ramai NGO yang memperjuangkan IMR, ini lebih baik kerana rakyat mempunyai banyak pilihan.
Pada 21 Februari ini, Jati akan dilancarkan di Shah Alam dan pelbagai program akan dilakukan termasuk persembahan nasyid dan multimedia.
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/02/gandingan-jati-perkasa-bakal-ranapkan.html
0 comments:
Post a Comment