Gelinya Ketiak Bila Azmin Ali Kata Dia Tak Mahu Bertanding Dalam PRU13

Sunday, 12 February 2012


Angin tak ada, ribut pun tak ada, alih-alih kekasih Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan dalam TWITTERnya yang dia tidak akan bertanding dalam PRU akan datang. Malah dia akan ‘bersara’ dari politik. Dan yang menariknya, semuanya itu berlaku sejurus selepas tercetusnya berita penangkapan kekasih Elizabeth Wong, Helmi Malik oleh pihak berkuasa Indonesia kerana memalsukan dokumen perjalanan diri.

Dan menyusul selepas berita penangkapan kekasih Elizabeth Wong yang terlibat dalam rakaman gambar bogel ADUN Bukit Lanjan itu serta penyebaran gambar-gambar selain klip video adegan asmaranya dengan Elizabeth Wong adalah pendedahan yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin, bekas penulis blog yang suatu ketika mendapat sanjungan tinggi daripada Pakatan Rakyat.

RPK dalam empat artikelnya mendedahkan tentang penyelewengan pasir di Selangor yang turut membabitkan nama Azmin Ali. Sekalipun Shuhaimi Shafie cuba ‘membersihkan’ nama Azmin Ali dengan menyatakan, Azmin yang dinyatakan oleh RPK sebenarnya adalah Azmin Karim, pegawai kepada Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda.

Menariknya, ketika cuba ‘membersihkan’ nama Azmin Ali, Shuhaimi telah tersalah sebut tentang wang yang telah diterima oleh Azmin Karim, sedangkan wang itu perlu disalurkan terus kepadanya. Kononnya wang tersebut telah diberikan oleh pemilik Double Dignity, syarikat yang disokong oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari untuk mencuri pasir, Adnan Abdul Mokhtar kepada seorang rakan ‘A’ di Kota Damansara yang menghadapi masalah kewangan untuk membuka syarikat Smartreaders.

Shuhaimi bagaimanapun, tidak dapat menjelaskan mengapa pula pegawainya yang menerima dan menyimpan wang tersebut dan bukannya dia sendiri!

Azmin Ali mungkin sudah dapat melihat bahaya yang sedang menantinya. Lantaran itu, dia memilih untuk menjaja harga dirinya sepertimana yang dilakukan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam… mungkin itulah peribahasa yang paling sesuai untuk kekasih Anwar Ibrahim itu.

Dalam banyak ‘kisah’ , Azmin Ali adalah tukang dalang utamanya. Namun berbeza dengan pemimpin-pemimpin PKR lain yang gemar mencari nama atau glamour tidak tentu arah, Azmin lebih senang menyembunyikan nama dan peranannya. Dia seperti tidak mempunyai sebarang peranan, sekalipun dialah sebenarnya yang menjadi dalang penting dalam semua aktiviti membabitkan PKR. Tanpa Azmin Ali, PKR ibarat seperti sebuah parti politik yang ahlinya hanyalah PAPA JAHAT, ibu dan anak.

Justeru pengumuman yang dibuat oleh Azmin Ali, kononnya dia tidak mahu bertanding lagi dalam PRU dan sudah bosan dengan dunia politik, sebenarnya tidak lebih dari satu gurauan semata-mata. Azmin Ali seperti juga ahli-ahli politik yang lain tidak akan semudah itu berputus asa kecuali kerana sangat yakin partinya sudah hampir berkubur.

Sememangnya PKR sedang dihimpit dengan dosa-dosa silam mereka. Naik kerana melakukan fitnah dan tohmahan, PKR yang suatu ketika hanyalah sebuah parti kecil di Permatang Pauh, berjaya menguasai gelombang tsunami pada 2008. Ketidaksediaan PKR boleh dilihat menerusi kehadiran wakil-wakil rakyat PKR yang bukan sahaja tidak bermutu, bahkan langsung tidak boleh diharap, selain masing-masing berwajah seperti musang, perompak dan lanun keparat.

Barangkali disebabkan itulah juga Azmin terpaksa bermain politik geli ketiak seperti membuat pengumuman dia tidak akan bertanding dalam PRU akan datang!

Dan boleh jadi juga, itu adalah taktik yang diajarkan oleh kekasihnya, Anwar Ibrahim supaya bukan sahaja Azmin akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli serta pemimpin PKR lain agar bekerja kuat, bahkan kota di sekeliling Anwar Ibrahim juga akan bertambah tebal dan kebal.

http://www.selangordaily.com/?p=3729

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP