SEMAKIN BANYAK RAHSIA DR MAHATHIR TERBONGKAR

Tuesday, 14 February 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir menutup mulut dari membuat sebarang penafian berhubung kritikan yang dilontarkan terhadap beliau ketika zaman pemerintahannya. Ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah bahawa pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman. Tun Dzaiddin Abdullah juga menyatakan bahawa mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagi DPPM, kenyataan Tun Dzaiddin Abbullah merupakan suatu dakwaan yang amat serius. Sebagai seorang Bekas Ketua Hakim Negara, tentulah beliau bercakap dari sudut pengalaman beliau selama berkhidmat dalam kerajaan. Lebih lagi beliau seorang yang berpengaruh, maka pastilah kenyataan Tun Dzaiddin amat berasas dan boleh diterima.

DPPM meminta kerajaan membersihkan nama dengan penjelasan bahawa mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh politik. Bagi DPPM, kenyataan Tun Dzaiddin boleh menjejaskan reputasi badan kehakiman negara di mata dunia. Masyarakat dunia akan menganggap institusi kehakiman negara masih terkongkong dan tidak bebas sepenuhnya. Kenyataan beliau membenarkan lagi telahan ramai bahawa mahkamah di Malaysia masih lagi terbelenggu di bawah kuasa poliitik.

Dalam hal ini, DPPM meminta Tun Dr Mahathir menerima kritikan yang dilontarkan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak lain pula. Ini kerana semakin banyak penafian yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir semakin banyak rahsia di zaman beliau dibongkar. Tun Dr Mahahir sebaiknya menyerahkan kepada kerajaan untuk meneliti dakwaan tersebut dengan tidak membela diri. DPPM juga mengesyorkan supaya Tun Dr Mahathir terus bersara dari arena politik dan menumpukan perhatian kepada kehidupan keluarganya. Akuilah bahawa sememangnya dengan cengkaman kuasa politik itulah beliau mampu berkuasa selama 22 tahun lamanya tanpa mampu digugat oleh sesiapa.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://www.kedahlanie.info/2012/02/semakin-banyak-rahsia-dr-mahathir.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP