Shahrizat Jalil Dipecat

Tuesday 14 February 2012

Angin bertiup kencang dialam maya mengatakan Shahrizat bakal digugurkan daripada jawatan menteri hari ini. Shahrizat yang kini dilihat sebagai beban kepada Umno dan Barisan Nasional bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja. Skandal lembu NFC yang melibatkan sejumlah RM250 juta yang melekat begitu kuat dibatang tubuh Shahrizat sekeluarga.

"Terima info Shahrizat digugur menteri esok? Ada sesiapa dapat info yang sama?" dipetik daripada Twitter Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Shahrizat yang dilihat begitu liat untuk diambil tindakan, mungkin kerana ugutannya yang berbunyi 'Menteri Umno mana yang tidak ada masalah?' bakal melondehkan pimpinan-pimpinan Umno yang punyai rekod hitam sekiranya jawatan beliau digugurkan.

Soalnya sekarang, beranikah Najib menggugurkan Shahrizat dikala momentum rakyat yang mahukan perubahan semakin kuat?

Dan siapakah pula yang layak untuk menerajui jawatan Ketua Wanita Umno yang tidak sudah-sudah dengan kontroversi sensasi.~ajijoi

Addin :

Hari ini dijangka diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, kemungkinan keputusan pemecatan Shahrizat akan di buat pada mesyuarat tersebut..wallahualam..

http://addin77.blogspot.com/2012/02/shahrizat-bakal-di-pecat-esok.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+addin77+%28addin77%29

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP