VIDEO!!!!Ceramah Anwar Ibrahim Sekatan Sebabkan Jalan Raya Sesak 5 Km, Anwar BONCENG Motosikal GEMPUR Kubu Najib di PEKAN, Pahang
Saturday, 18 February 2012
Sekatan jalan raya yang dibuat polis trafik sehingga lima kilometer menghala ke markas PAS di Pekan malam tadi berikutan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengadakan ceramah membuktikan Umno-APCO semakin takut dengan bayang-bayang sendiri.
Anwar sendiri yang terpaksa menggunakan motosikal milik penduduk tempatan untuk sampai ke tapak ceramah, berjaya melepasi sekatan jalan raya sebelum sampai di tempat ceramah, terlewat kira-kira 20 minit seperti yang dijadualkan.Jurucakap polis Pekan tidak dapat dihubungi bagi meminta komen alasan di sebalik sekatan jalan yang hanya menyusahkan rakyat untuk bergerak di sekitar kawasan tersebut.
Sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, menyebabkan berlaku kesesakan lalulintas sepanjang lima kilometer.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, mereka yang mahu mendengar ceramah Anwar terperangkap dalam kesesakan tersebut selama "lebih daripada 40 minit". Katanya, beliau terpaksa ke tempat ceramah dengan menaiki motosikal, begitu juga dengan Anwar.
Menurutnya lagi, kesesakan lalulintas itu menyebabkan kelewatan ceramah bermula, sehinggakan ucapan Anwar melebihi waktu had permit polis sehingga jam 12 tengah malam. Katanya lagi, anggota polis berada tepat jam 12 tengah malam, tetapi Anwar dapat melanjutkan program tersebut, kerana masalah kesesakan untuk ke sana.
Dzulkefly berkata, kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan". Kerusi Parlimen Pekan diwakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang 'diwarisi' dari bapanya, Tun Abdul Razak Hussein - perdana menteri kedua Malaysia, yang meninggal dunia pada tahun 1976
http://btmmari.blogspot.com/2012/02/videoceramah-anwar-ibrahim-sekatan.html
0 comments:
Post a Comment