Yahudi sudah bertapak di P.Pinang

Monday, 20 February 2012

Rata-rata orang Penang pasti tahu di mana Yahudi Road atau sekarang namanya telah ditukar dengan nama Jalan Zainal Abidin dimana terletaknya Menara UMNO dan Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).


Persoalannya mengapa jalan itu diberi nama Yahudi Road.Sejarah menunjukkan bahawa Yahudi sudah berada di Pulau Pinang sejak tahun 1700 an.

Terbukti di Yahudi Road ada perkuburan Yahudi Zionis Israel sebanyak 200 kubur dan dijaga dengan baik oleh penjaga kubur berbayar .Jika ada kubur pasti ada kaum keluarga di sini.


Lamban
g Yahudi Zionis Israel tertera dengan jelas di perkuburan tersebut.

Persoalan sekarang adalah tanah ini milik siapa?

Siapa yang bayar cukai tanah dan di mana lagi terdapat kubur yahudi di Pulau Pinang?



Negeri Pulau Pinang mula dijajah oleh lnggeris yang diketuai oleh Captain Francis Light pada tahun 1786. Bahagian Pulau Pinang yang mula-mula dibangunkan ialah di kawasan Tanjung di Georgetown yang dikenali dengan nama Tanjung Penaigre.

Pekan untuk perniagaan yang mula-mula dimajukan oleh Captain Light terletak di antara Lebuhraya Light, Lebuhraya Beach di pinggir pantai, Lebuhraya Malabar (kemudiannya dipanggil Lebuh Chulia) dan Lebuhraya Pitt.

Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang

Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang
Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang
Kubur Yahudi di PenangKubur Yahudi di Penang

Gambar (ehsan Pas Bukit Bendera)- aktivis PAS menziarahi kubur orang Yahudi di P.Pinang.

Sebenarnya Negeri Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai peratusan etnik Melayu dan penganut Islam terendah di Semenanjung Malaysia.

P.Pinang juga mempunyai komuniti Yahudi Armenia tetapi selepas perang dunia kedua dan penubuhan negara Israel, komuniti Yahudi di P.Pinang hampir lenyap.

Sejarah orang Yahudi anda boleh baca di sini.


Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia.

Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran
Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi).

Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Mal
aysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia.

Hari ini, sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi).

Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976.

Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.

Talian serta alamat mereka di Malaysia :

Congregation
28 Nagore Road
Penang

The Jewish Cemetery, Penang Neighborhood: Georgetown
Tel: +60 4 261 6663
(Penang Tourist Centre)
Address: Jalan Zainal Abidin
Penang MY, 10400

Mr. Gary Braut
Precision Bearing
17502 Jalam 4 Taman Selayang Baru
Industrial Area Kuala Lumpur 68100 Malaysia
Tel: 603-6138-6200
Fax: 603-6138-6206
email: pirkei@pc.jaring.my

Sumber : http://www.jewishvirtuallibrary.org/jsource/vjw/malaysia.html


Gambar Kuil Yahudi, Penang

Anda juga boleh layari di sini untuk ketahui sejarah bagaimana Yahudi boleh bertapak di Malaysia dan siapa yang sokong Yahudi.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP