Apa Strategi Anwar Mahu Bermain Isu Salman Rusdie ?
Wednesday, 21 March 2012
Mengenali stail politik Anwar Ibrahim, dia ada muslihat tertentu apabila sengaja memperbesarkan sesuatu isu. Dalam kes Salman Rusdie, nampaknya Ketua Pembangkang itu amat berminat supaya itu diperdebatkan, dilanjutkan dan dibicarakan baik dalam negara atau luar negara.
Apa umpannya..apa muslihatnya, sedangkan satu dunia sudah mengetahui prinsip Anwar Ibrahim dengan Salman Rusdie ?
“Saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara petang esok kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Anwar dalam twitternya, 16 Mac yang turut dipanjangkan ke blog rasminya.
Apakah maksud kata-kata Anwar dalam twitter itu ? Adakah bermaksud Anwar memboikot program ‘India Today Conclave’ kerana penganjur itu turut menjemput Salman Rusdie ?.
Orang awam yang terpedaya dengan muslihat permainan kata-kata Anwar mungkin memahami begitu. Tetapi itu bukan maksud sebenar Anwar kerana dia tetap hadir program anjuran kumpulan media India, indiatoday dengan kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) itu.
Anwar, mungkin tidak mahu lagi mengulangi tragedi ‘Apology Tour’, jika dirinya dianggap kontroversi memboikot kerajaan UK yang memberi gelaran ‘Sir’ kepada Salman Rusdie dan pemikir zionis kotemporari, Henry Kissingger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS).
Dulu, pada akhir tahun 1990-an, ketika berstatus Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar sanggup selewengkan wang rakyat sebanyak RM38 million untuk membayar pelobi zionis, APPC (Asia Pacific Policy Centre) semata-mata untuk membawa Henry Kissingger ke Malaysia, kini dalang di sebalik penganjuran program di India itu sudah mengenal pasti siapakah individu-individu yang sepatutnya dijemput dalam program ‘India Today Conclave’ itu.
“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” lapor dailymail.co.uk, 16 Februari yang menunjukkan Anwar hadir dalam program tersebut.
Jadi kenapa Anwar menghantar twitter yang berbunyi seperti memboikot program kerana satu individu bernama Salman Rusdie, sedangkan hakikat sebenarnya, dia hadir ke program itu ?
Itu sekadar strategi untuk menarik sentimen ‘Islam’, selepas dia turut bersekongkol dalam program itu. Ini taktik biasa publisiti murahan yang hanya berbunyi di twitter dan blog peribadi, tetapi tidak mendapat liputan di media antarabangsa.
Ini taktik serampang dua mata atau politik depan-belakang.
Khoo Kay Peng faham strategi politik Anwar itu, sebab itu penganalisis politik pro PR itu berkata Anwar Ibrahim wajar ‘bekerjasama’ dengan Salman Rusdie dan bukan menjauhkan diri.
“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo seperti dilaporkan FMT.
Ada asas kuat kenapa penganalisis politik pro PR berfikiran begitu. Mungkin, maksudnya, apa beza antara Anwar dan Salman, kedua-duanya pejuang liberal dan kedua-duanya reformis agama.
Asas Salman Rusdie Dijemput
Ada perbezaan besar antara tindakan Imran Khan, pemain kriket tersohor dunia yang berasal dari Pakistan dengan tindakan Anwar Ibrahim, bekas Presiden ABIM dalam menghadapi isu Salman Rusdie. Imran yang turut dijemput menghadiri program ‘India Today Conclave’ memboikot dengan membatalkan penyertaannya ke program itu di saat-saat akhir setelah mengetahui jemputan yang sama dibuat kepada Salman Rusdie.
Pemain kriket Muslim yang popular itu membuat keputusan membatalkan penyertaannya pada 14 Mac, setelah media antarabangsa pada 13 Mac melaporkan Salman Rusdie akan turut serta dalam program tersebut.
“Dia (Imran Khan) kini telah memaklumkan kepada penganjur bahawa dia tidak akan hadir kerana dia tidak boleh menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie, individu yang telah menyebabkan kecederaan tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia”, lapor dailymail.co.uk.
Aroon Purie, editor-in-chief kumpulan penganjur itu memberitahu media bahawa dia kecewa dengan pembatalan Imran di saat-saat akhir itu.
“Kami amat kesal apabila Imran Khan tidak akan datang ke India Today Conclave disebabkan penyertaan Salman Rusdie The India Today Conclave adalah flatform kebebasan dan bebas dalam pertukaran idea.
“Kami tidak menyokong pandangan mana-mana penceramah kami tetapi kami berdiri untuk kebebasan bersuara (freedom of expression) dalam semua yang kita lakukan, ia adalah satu prinsip penting dalam sebuah negara yang bebas (free nation) dan media yang bebas (free media)”, katanya.
Tindakan Imran mendapat liputan meluas di media antarabangsa.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim, kehadirannya ke program itu mendapat liputan meluas di media antarabangsa, tetapi dalam masa sama dia menyatakan ‘bantahan’ kepada Salman Rusdie di twitter dan blognya dalam bahasa Melayu.
Sebab itu semasa bercakap India Today Conclave, Salman Rusdie mengkritik Imran, bukannya Anwar Ibrahim.
“Seorang penulis British menyifatkan Imran Khan sebagai diktator yang sedang menunggu. Saya gembira tiada orang lain membantah kali ini kecuali Imran Khan. Imran takut berdepan dengan ‘tubuh besar’ saya. Imran tahu yang dia akan berkongsi pentas dengan saya.
“Imran tidak pernah membaca ‘The Satanic Verses’. Imran bukan seorang yang liberal”, kata Rushdie seperti dilaporkan wespeaknews.com
Rushdie menekankan bahawa kehadiran dalam program itu menunjukkan penganjur benar-benar memahami konsep kebebasan bersuara.
Politik Belakang-Depan
Walaupun, Anwar cuba menunjukkan sikap ‘anti-Salman’ yang tidak mendapat liputan meluas di media antarabangsa, kecuali hanya di twitter dan blognya dalam versi Bahasa Melayu, namun dia gagal membuktikan fakta bahawa dia pernah mempertahnankan Salman Rusdie di Jakarta, dua tahun lalu, ketika berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Indonesia.
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, katanya di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengonkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya.
Itu satu versi Anwar membela Salman Rushdie ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia. Ada satu bukti yang menunjukkan Anwar mengamalkan politik ‘belakang depan’ adalah ketika berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia.
Ketika berhadapan dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia, Anwar mendakwa bertempur dengan golongan agama yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun bila berhadapan dengan kelompok ABIM di Malaysia, Anwar mendakwa pula ‘bertempur dengan kelompok Islam Liberal di Indonesia.
“Sebab saya di Jakarta …tak sama sesaudara beberapa kali.
“Saya memang dalam pertemuan (itu) BERTEMPUR dengan mereka dalam hal ini, dengan beberapa isu dalam lingkaran liberal.
“Dan dia (Ulil Abshar) memilih, saya kata isu yang bukan isu. Dan dia memilih untuk mencari masalah di kalangan umat dan memberi tafsiran yang terlalu longgar, terkeluar daripada fahaman Sunnah Waljamaah”, kata Anwar secara serius ketika berhadapan dengan kelompok ABIM, jika dibandingkan dengan gelak ketawa hadirin ketika berhadapan kelompok Islam Liberal.
http://www.anwaraidc.com/?p=22762
0 comments:
Post a Comment