BURGER BABI
Monday, 12 March 2012
"Entahlah bang, saya menumpang berniaga di tapak milik restoran mamak tetapi MBPJ saman juga," keluh peniaga burger berbangsa Melayu.
Saman dikenakan kerana berniaga tanpa lesen, RM250.
Barangkali pendapatan semalam diraih oleh peniaga itu tidak sampai separuh daripada jumlah saman.
Petang tadi, saya bersama rakan, 40 tahun, meninjau beberapa premis menjual makanan di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
"Nama gerai 'Nasi Kukus Iskandar', Melayu ke peniaga itu?," soal saya kepada rakan.
Berikutan tidak gemar membuat tanggapan, dia kemudian berjalan keluar dari kenderaan dan menghampiri peniaga menumpang tapak di restoran peniaga berbangsa Cina itu.
Saya merakamkan kesibukan peniaga melayan pelanggan, majoriti berbangsa Cina.
"Ya, saya orang Indonesia," rakan itu bersuara, mengajuk loghat peniaga terbabit sebaik kembali ke kenderaan kami naiki.
Tambahnya, peniaga dikenali sebagai Shaiful itu berasal dari Padang, Sumatera dan kini mendakwa menetap di Puchong, Selangor.
Dianggarkan kurang 5 meter dari gerainya, saya merrakamkan gambar papan tanda berikut.
"Oh! Ada burger babi, rupanya," ujar saya.
"Tadi dia (peniaga) memberitahu saya, mula berniaga di situ sejak tahun 2005. Maknanya, sudah kira-kira 7 tahun. Tapak disewa dengan pemilik restoran Cina dengan kadar RM36 sehari. Berniaga atau tidak katanya, sewa mesti dibayar. Apabila saya mengajukan soalan berhubung lesen peniagaan, dia langsung tidak menjawab," terang Razali.
Melalui pengamatan saya, tapak gerai nasi lemak kukus itu adalah ruang pejalan kaki awam di luar restoran.
Cuba perhatikan gambar di bawah secara lebih teliti.
"Dia kata, majoriti pelanggan Cina, kalau makan ayam, dia goreng separuh masak. Tadi ada pelanggan Melayu datang ke gerai. Saya ternampak dia pandang pandang peniaga itu menggoreng ayam dan kemudian perlahan mengajak anak dia beredar. Sewaktu bersembang, peniaga bertanya kepada saya, samada hendak ayam digoreng 'penuh' atau separuh? 'Separuh', kira ayam masih berdarah sikit. Saya kemudian berpura-pura, mengatakan cuma berhajat membuat pesanan nasi berbungkus di masa akan datang," ujar rakan.
Terlintas di fikiran saya, adakah peniaga warga asing itu pernah disaman oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, seperti tindakan diambil terhadap penjual burger berbangsa Melayu, menumpang tapak di restoran mamak?
Beberapa gambar lain saya rakamkan di sekitar gerai terbabit jelas membuktikan Jalan PJU 5, berhampiran kelihatan sesak dengan kenderaan.
Lebih 'menakjubkan' lagi, tapak parkir bersebelahan restoran turut diguna untuk meletak puluhan meja dan kerusi.
Berikut buktinya.
"Tengok, sebaik kereta keluar sahaja dari parkir, pekerja, majoriti warga Myanmar cepat cepat akan meletakkan kerusi untuk menghadang kenderaan lain daripada memasuki ruang parkir," celah rakan saya.
Ketika itu, jam tangan saya menunjukkan hampir pukul 6.30 petang.
Gambar terus dirakamkan.
Berikutan itu beberapa kenderaan dilihat diparkir di tepi bahu jalan sekaligus menghalang dan memperlahankan lalu-lintas.
Jika tindakan peniaga membolot ruang parkir menimbulkan masalah kepada aliran kenderaan menggunakan laluan berhampiran restoran, masakan MBPJ membenarkan kejadian itu berlaku?
Namun itu hakikat.
Mustahil, jika pihak berkuasa tidak melihat.
http://www.mazidulakmal.com/2012/03/burger-babi.html
http://www.mazidulakmal.com/2012/03/burger-babi.html
0 comments:
Post a Comment