PAS KEDAH JAUH LEBIH BAIK BERBANDING PKR SELANGOR YANG KAYA RETORIK!!!

Monday, 16 April 2012


Sekarang ini kecohlah sudah tentang penghapusan PTPTN. Juaranya sudah tentulah PKR yang sentiasa berusaha untuk mewujudkan gelombang besar demonstrasi seperti yang berlaku pada penghujung 1990-an dahulu.

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PKR sudah tentu amat menyokong pemansuhan PTPTN. Namun yang anehnya, di Selangor, terdapat dua buah institusi pengajian tinggi milik negeri dan para pelajarnya merupakan penerima serta pemohon PTPTN. Tidak pula Kerajaan Negeri Selangor memastikan setiap pelajar UNISEL dan KUIS bukanlah peminta atau penerima PTPTN.

PAS pula cuba menjuarai pemansuhan PTPTN dengan ketetapan dan kelulusan usul yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian. Bagaimanapun, sama seperti Kerajaan Negeri Selangor, cakap tidak serupa bikin.

Namun sebenarnya yang menjadi tarikan ialah, berbanding PKR, PAS sebenarnya lebih prihatin dengan dasar pendidikan negara. Walaupun cikai, tetapi PAS menubuhkan KUIN di Kedah, Kolej Universiti Prof. Dr Zulkifli Ahmad di bekas Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dan Nilam Puri di Kelantan.

Bandingkan pula dengan PKR yang cakap besar, perasan hebat, perasan pandai dan perasan serba-serbi. Apa institusi pengajian tinggi yang telah ditubuhkan oleh PKR di Selangor. PKR nak berbangga dengan UNISEL dan KUIS? Kedua-dua institusi tersebut dibina pada zaman UMNO-BN. Kedua-dua institusi tersebut berada di puncak kemasyhuran pada zaman UMNO-BN tetapi apabila Selangor diambilalih oleh Pakatan Rakyat dengan PKR sebagai penerajunya, UNISEL dan KUIS mengalami kemerosotan yang sangat teruk!

Tiada sebarang dasar atau program daripada PKR untuk meningkatkan mutu pengajian tinggi di negeri terkaya di Malaysia yang berjaya mereka tawan dari UMNO-BN. Sebaliknya yang mereka lakukan adalah berusaha untuk memundurkan pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS dengan dasar lepas tangan dan retorik janji-janji palsu.

Semua janji membabitkan wang ringgit kepada pelajar dari peringkat pra sehinggalah ke peringkat universiti sekadar cerita yang mengotorkan tembolok sahaja. Sedap dengar janji-janji palsu PKR memandangkan PKR cukup juara dalam bab-bab berjanji dan membuat retorik.

Justeru, kalau dibandingkan dengan PAS, PKR di Selangor sebenarnya tidak ada apa-apa yang mereka bantu untuk meningkatkan taraf hidup golongan pelajar dan golongan muda. Tetapi yang tidak pernah berbuat apa-apa itulah yang paling kuat melalak untuk terus menghapuskan peluang para pelajar meneruskan pendidikan ke peringkat paling tinggi dengan helah pemansuhan PTPTN.

Menariknya, yang bersungguh-sungguh berjuang untuk menghapuskan PTPTN adalah pelajar-pelajar kurang cerdik dan kurang berusaha dalam pelajaran tetapi sangat berminat untuk berpolitik, berdemonstrasi dan membuat kacau!

PKR yang dibangga-banggakan, tidak berbuat suatu apa pun untuk golongan muda kecuali menyalak-nyalak dan terus menyalak!!!

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP