MUDAHNYA WANITA MALAYSIA DIPERBODOHKAN KERANA CINTA...

Tuesday 17 July 2012



KUALA LUMPUR: Impian indah seorang janda beranak tiga untuk melangsungkan perkahwinan yang dirancangkan bulan ini musnah selepas teman lelakinya bukan sekadar menghilangkan diri, malah turut melarikan wang RM30,000 miliknya.

Wanita berusia 29 tahun itu menyerahkan RM30,000 ketika kali terakhir berjumpa lelaki terbabit di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 29 dan 30 Jun lalu dan wang berkenaan kononnya untuk membeli barang hantaran serta urusan majlis perkahwinan mereka.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shanti, 29, berkata, dia bersedia menyerahkan wang berkenaan pada dua pertemuan berkenaan kerana yakin dengan kesungguhan teman lelakinya itu mahu memperisterikannya walaupun mereka baru sebulan berkenalan.

Shanti berkata, dia mengenali lelaki berusia 20-an itu melalui seorang rakan dan bersetuju berkahwin selepas tertarik sikapnya mengambil berat terhadap dirinya serta anak-anak.

“Kami bertemu buat kali pertama pada akhir Jun lalu dan dalam pertemuan itu, dia menyatakan jatuh cinta pandang pertama terhadap saya dan mahu mengambil saya sebagai isteri. (
SUMBER)

ULASAN TFK

Setiap hari, kita dihidangkan dengan berita-berita tentang golongan wanita yang dianiayai, ditipu bahkan diperdayakan oleh kaum lelaki. Tidak kiralah sama ada mereka diperdayakan duit ringgit, harta benda, bahkan badan dan nyawa, tetapi hakikatnya wanita Malaysia terutama sekali wanita Melayu terlalu mudah diperdayakan.

Cakap sahaja cinta, jangankan badan, harta benda dan mak bapak pun boleh digadaikan untuk diserahkan kepada jantan yang bermanis mulut.

Minggu lepas, cerita tentang wanita warga emas diceraikan oleh suaminya atas alasan tidak taat dan menderhaka. Hari ini pula, cerita tentang seorang janda beranak tiga yang kehilangan RM30,000 setelah wangnya itu dilarikan oleh lelaki yang baru dua bulan dikenali.

Hanya bermodalkan, mahu kahwin dan jatuh cinta pandang pertama, janda beranak tiga itu tidak berfikir panjang untuk menyerahkan wang ringgit yang dikumpulkannya.

Nampak sangat bengap dan tidak cukup ilmu... alasan yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah untuk membeli barangan keperluan perkahwinan mereka seharusnya membuatkan janda beranak tiga itu sedar bahawa lelaki yang dicintainya selama dua bulan berkenaan, bukanlah calon suami yang sesuai, bahkan tidak mungkin boleh menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

Kalau nak berkahwin pun kena pakai duit janda itu, maknanya lelaki berkenaan tidak layak langsung untuk berkahwin. Besar kemungkinan, kalaulah mereka jadi berkahwin, janda itu pula yang akan menjadi hamba, tidak sahaja sebagai hamba seks, bahkan hamba sahaya yang perlu bekerja menanggung suami!!!

Islam mengajarkan, asas seorang lelaki sebagai suami adalah memberi dan menyediakan perlindungan, sama ada fizikal mahupun secara konsep, nafkah zahir mahupun batin yang tidak terhad kepada seks semata-mata, selain menunaikan tanggungjawabnya kepada ibu bapa dan saudara-saudara perempuannya yang lain.

Kalau bab yang pertama sahaja sudah gagal, bermakna bab-bab yang lain sebagai seorang lelaki juga akan gagal secara total. Tidak guna menjadi seorang lelaki yang makan hasil bini kerana secara prinsipnya, duit bini adalah duit bini, duit laki adalah duit bini.

Kalau dah terbalik, wajarlah lelaki itu menggantung telurnya dan elok dikasi!!!

Jangan terkejut sekiranya lelaki seperti inilah yang akan menyarung ketayap putih dan bercerita tentang hukum hudud dan qisas sambil melaung-laungkan kewujudan Negara Islam!!!

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP