GUAN ENG BUAT PETISYEN ON-LINE UNTUK KELUARKAN PULAU PINANG DARI MALAYSIA?

Thursday 13 December 2012



Nampaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang akan melompat lagi!

Penulis sendiri pun agak terkejut apabila menerima e-mel dari limguaneng@penang.gov.my dengan tajuknya Message From Lim Guan Eng. Ingatkan hujung-hujung tahun ni, Guan Eng nak keluarkan 'zakat' atau 'sedekah' 2-300 ringgit memandangkan penulis berdarah Melayu. Dan Melayu pada pandangan Guan Eng, tidak pandai main duit dan hanya bertaraf dari RM20 sehingga RM200 sepertimana yang dilakukannya sebelum ini yang kemudian digembar-gemburkan ke seluruh dunia sebagai kebaikan hati serta keprihatinannya kepada orang Melayu yang dia sendiri halau keluar dari Pulau Pinang.

Rupa-rupanya kandungan e-mel berkenaan merupakan petisyen dalam talian. Petisyen tersebut adalah untuk mendapatkan pandangan daripada orang ramai tentang perlu atau tidak Pulau Pinang berada dalam Persekutuan Malaysia atau pun keluar dari Malaysia dan menjadi sebuah Negara Republik.


Kita tidak mengharapkan Lim Guan Eng akan memberikan jawapan atau penjelasan jujur dalam hal ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu sangat berkecenderungan untuk menipu dan berbohong. Bagaimanapun, ini perkara besar yang antara lain, merupakan satu bentuk PENDERHAKAAN KEPADA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG.

Referendum daripada rakyat untuk memisahkan wilayah mereka dari Persekutuan biasanya dijalankan dengan kerjasama badan antarabangsa seperti PBB bukannya petisyen.

Perlu diingat, Pulau Pinang walaupun di peringkat Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negeri yang berasingan, namun negeri tersebut secara mutlaknya masih di bawah Negeri Kedah Darul Aman menerusi bayaran pajakan dan gantirugi sehinggalah satu perjanjian baru dicapai untuk memisahkan negeri itu menjadi sebuah wilayah bersendirian.

Agak-agak anda, apakah jawapan dan penjelasan Lim Guan Eng berhubung perkara ini? Atau seperti biasa, Lim Guan Eng akan mengatakan ini semua hanyalah fitnah UMNO semata-mata walaupun sudah lama kedengaran yang DAP mahu mengeluarkan Pulau Pinang dari Malaysia dan hanya bergabung balik dengan Malaysia apabila Pakatan Rakyat sudah berjaya mengambilalih tampuk pentadbiran negara dari UMNO dan Barisan Nasional?

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/12/guan-eng-buat-petisyen-on-line-untuk.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP