Kerajaan Pas Kedah Tak Perihatin..

Wednesday, 16 January 2013

SHAH ALAM - "Tidak boleh salahkan Patrick Teoh." Demikian reaksi pelawak dan pelakon, Bob Lokman berhubung kenyataan kontroversi Teoh semalam yang menyinggung umat Islam.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata “mereka (orang bukan Islam) tak faham kehendak agama kita. Jadi, mereka tak akan nampak keadilan."

“Kalau saya kutuk Teoh secara peribadi, ia tak akan selesaikan perkara ini sampai bila-bila,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau menegaskan bahawa pemerintah perlu melakukan sesuatu bagi membendung perkara sama berulang, yang mungkin membawa kepada perpecahan pada masa akan datang.

“Satu hari nanti, keadaan akan bertambah teruk. Jika tak dibendung oleh pemerintah, perang antara kaum akan berlaku disebabkan agama.

“Kita kena bagi penjelasan mengapa (berhubung keputusan Kedah). Apa yang Kerajaan Negeri Kedah buat itu ada kebaikannya tetapi kalau nak cerita secara terperinci terlalu panjang,” katanya.

Teoh membuat kenyataan di laman sosial Facebook mempersoalkan garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.

Dalam pada itu, Bob berkata penjelasan yang diberikan perlu merangkumi aspek positif dan negatif setiap keputusan itu.

“Dalam soal negatif (larangan) itu, kena ada apa yang positifnya. Bukan setakat Teoh, ramai yang tak faham.

“Mereka marah bila kena rogol tetapi dia tak tahu orang bernafsu apabila tengok dia berpakaian seksi,” jelasnya.

Sementara itu, Bob juga menyentuh soal kebangkitan umat Islam di Malaysia yang membantah filem Innocence of Muslims beberapa ketika dulu.

“Saya tanya mereka yang pergi mengamuk tentang filem itu. Dah tengok? Mereka jawab belum. Belum tengok pergi mengamuk buat apa?

“Ini memberi kesan yang negatif kepada Islam. Sama juga kalau kita buat tak tahu, tak tampil beri penerangan. Orang Islam akan hilang kredibiliti,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP