Jamaluddin Jarjis - Pembangkang Guna Taktik Paling Kotor

Sunday 28 April 2013

ROMPIN - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis menyifatkan strategi kempen pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sebagai paling kotor dan penuh dengan provokasi.

Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya dari pembangkang sendiri, pihak pembangkang mencipta pelbagai provokasi yang bertujuan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan dipersalahkan kelak.

Beliau berkata antara strategi pembangkang ialah mewujudkan kenyataan kononnya Umno dan BN menghina pemimpin mereka, yang kemudian diuar-uarkan kepada orang ramai.

"Kejadian menjatuhkan bendera dan membakar bendera turut dilakukan ahli pembangkang, lalu menuduh petugas BN yang melakukannya," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Bandar Bukit Ibam di sini.

Jamaludin selaku penyandang kerusi Parlimen Rompin berkata strategi itu dipercayai dirangka pihak atasan parti berkenaan, semata-mata mahu memenangi pilihan raya pada 5 Mei ini.

"Sebagai contoh, mereka menulis kenyataan yang menghina parti mereka sendiri supaya orang ramai benci kepadaa Umno dan BN. Perbuatan menjatuh dan membakar bendera serta poster dilakukan oleh ahli parti pembangkang.

"Saya ingin mengingatkan petugas jentera BN supaya berhati-hati dengan provokasi parti lawan kerana mereka tidak mampu lagi meraih sokongan rakyat," katanya.

Beliau berkata pihak pembangkang kini terdesak kerana sokongan rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

"Program transformasi yang dilakukan kerajaan BN kini berjaya membawa banyak perubahan dan pembaharuan kepada masyarakat.

"Pencapaian itu membuatkan pembangkang tidak mampu bersaing dan mereka bertindak menawarkan apa saja janji yang tidak munasabah," katanya.

1 comments:

GEBU 28 April 2013 at 07:45  

Lagi pemimpin UMNO yang terdesak dan baghal, cuba nak membodohkan rakyat. Macam mana mangkok ni boleh dapat PhD?....mungkin supervisornya tu buta atau pekak.
Bagilah alasan yang boleh rakyat terima iaitu BN akan kalah pada PRU13 ni kerana rakyat dah lebih cerdik dan bermaklumat dari pemimpin....kan statement yang power dan sesuai dengan seorang yang ada PhD....betul tak?
RAKYAT DAH TAK MAHU KAT BN SEBAB DAH LAMA DAN BANYAK HARTA DAN HAK RAKYAT TELAH DIROMPAK.

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP