Kabinet Didesak Dedah Pemilikan Harta Pesisir

Friday 5 April 2013

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan menteri kerajaan sementara semua patut mengisytiharkan sama ada mereka atau anggota keluarga mereka memiliki syarikat luar pesisir, gesa Penasihat DAP Lim Kit Siang.


lim kit siang story 1"Najib gagal ujian demi ujian untuk membuktikan sama ada beliau serius dan jujur mempertingkatkan kebertanggungjawaban, ketelusan dan urus tadbir yang baik sebagai sasaran dalam pentadbirannya," kata Lim.


Malaysiakini dalam laporan eksklusifnya
semalam melaporkan, ahli politik ternama Malaysia, kaum kerabat dan rakan kongsi mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI), menurut maklumat dari dokumen yang bocor.


Fail-fail yang diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington dan ditelitiMalaysiakini menunjukkan, seramai 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir - yang digelar Switzerland baru - serta BVI, syurga percukaian rendah.


Senarai ICIJ terdiri daripada gabungan taikun yang disenaraikan Forbes, ahli parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap dan bekas ratu cantik.


Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urus niaga sah, yang lain mungkin antara RM871.4 bilion aliran keluar wang haram dalam tempoh 10 tahun, seperti dianggarkan oleh pemantau kewangan yang berpangkalan di Washington Global Financial Integrity (GFI).


Nong Chik ketika dihubungi Malaysiakinimemberitahu RZA International Corporation ditubuhkan bapanya, yang berumur 96 pada tahun ini, untuk pelaburan luar pesisir yang sah untuk keluarga.


Melalui e-mel, Nong Chik berkata, RZA tidak digunakan untuk aktiviti yang kabur dan bertujuan mengelakkan cukai atau menyembunyikan urus niaga luar negara.


Sementara itu, Malaysiakini juga cuba mendapatkan komen Mirzan di pejabatnya tetapi pembantunya memberitahu mereka tidak dapat memberikan maklum balas kerana beliau sedang berada di luar kawasan.


Manakala usaha menghubung Chia melalui maklumat daripada dokumen pendaftaran syarikat juga gagal mendapat reaksi.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP