Ribuan dengar penjelasan Anwar di Kajang

Monday, 3 February 2014


Serangan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak yang taksub kepada Umno atau sedia menjadi alat kepada pemimpin parti Melayu itu terhadap Anwar yang dirancangkan bertanding di DUN Kajang, ternyata tidak berbekas.

Bahkan serangan dan kritikan kepada tindakan Adun PKR mengosongkan kerusi dan mahu meletak ketua pembangkang bertanding di situ oleh para sarjana upahan menerusi tv, juga sia-sia. Sebaliknya serangan dan pembalunan itu memberi daya tarikan untuk orang ramai mengetahui apa yang berlaku.

Serangan ke atas Anwar bertalu-talu sebaik pelan transisi MB yang dikenali Gerakan Kajang itu dimulakan beberapa hari lepas. Ini terbukti malam ini apabila ribuan hadir di Dewan Orang Ramai Taman Mesra Kajang untuk mendengar penjelasan Anwar berhubung pelan berkenaan, sekejap tadi.

Sebaik saja selepas Maghrib orang sudah berpusu-pusu ke situ. Dewan penuh sesak menyebabkan orang ramai hanya berlegar di luar dewan. Beberapa buah khemah disediakan di luar dewan juga penuh. Jalan Sg Sikamat - Kajang hampir setengah kilometer dipenuhi kereta kiri kanan. Melihat kereta besar dan mewah yang diparking di kiri kanan jalan jelas sambutan dan dokongan terhadap Anwar tidak berubah dan pelan transisi itu disetujui.

Melihat suasana malam ini menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim masih popular dan segala bentuk serangan dan cemuhan ke atasnya tidak menghakiskan sokongan terhadapnya. Keadaan ini sudah tentu menjadi pemimpin UBN akan pening kepala kerana apa juga usaha untuk memburukkan Anwar tidak menjadi.

Dalam ucapan tadi, Anwar menjelaskan pelan transisi atau Gerakan Kajang itu bukan kerana hendak memenuhi kehendak nafsunya menjadi MB selepas gagal jadi PM seperti dakwa pihak Umno, tetapi ia untuk menatijahkan perkara lebih penting dari itu demi rakyat.

Antara apa yang menjadi hasratnya Pakatan Rakyat perlu menjadikan Selangor sebagai modal kerajaan Pakatan Rakyat yang akan diyakini rakyat dengan tata tadbiran yang sempurna. Dengan cara itu ia akan menjadi asas baik untuk menyakinkan rakyat menyakini Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya.

Menurutnya agama menjadi tunggak dalam pengukuhan itu.

"Kita perlu perkukuhkan Selangor untuk Pakatan Rakyat, bila Selangor kukuh PKR, DAP dan Pas juga kukuh," jelasnya.

Dalam masa sama juga katanya semua parti Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP perlu memperkuatkan kedudukan untuk mencapai apa dihajati itu. Apa yang dirancangkan bukan saja untuk PKR tetapi untuk Pakatan Rakyat.

"Jadi semua pihak kena turun mendekati rakyat dan merayu undi dari rakyat bila pilihan raya nanti," kata Anwar.

Turut hadir dalam majlis itu ahli Parlimen Hulu Langat Dr Rosli, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan lain-lin. Anwar dalam kesempatan itu memuji pentadbiran Khalid selama enam tahun di Selangor yang berjaya meletakkan Selangor sebagai negeri yang maju dan berjaya mengukuhkan ekonomi negeri itu. [wm.kl.11:37 pm 03/02/14]

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP