Aksi Amoi Kantoi Dalam Farmasi

Thursday, 22 May 2014


Nampaknya trend membawa anak-anak bagi mengaburi aktiviti mencuri dalam kedai atau pasaraya kian menjadi-jadi.

Ini kerana, sudah menjadi lumrah untuk kita menganggap ‘pelanggan’ yang membawa anak-anak merupakan orang ‘baik-baik’ dan tidak mungkin melakukan jenayah

Kejadian terbaru di sebuah farmasi di Bandar Puchong Jaya beberapa hari lalu turut menggunakan modus operandi yang sama.

Melalui rakaman CCTV, dua wanita bersama dua kanak-kanak memasuki farmasi tersebut dan menyamar sebagai pelanggan.
Ads by H12 Media

Tidak menyedari dirinya sedang dirakam, salah seorang daripada wanita itu dilihat begitu rancak mencuri.

Dia dilihat membuka kotak beberapa produk tertentu sebelum mengeluarkan kandungannya dan memasukkannya ke dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, melalui info yang disertakan, mereka telah menggunakan kad keahlian dengan nama ‘Lee Kim Ha’ dengan nombor kad pengenalan 880101-05-5018.

Memandangkan wajah pencuri tersebut cukup jelas, diharap mereka yang mengenali atau melihat wanita tersebut dapat membuat laporan polis secepat mungkin agar kejadian ini tidak berulang kembali.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP