Anwar Kutuk UMNO, Label Penyokong Sebagai Samseng

Monday 26 May 2014

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penyokong UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini sebagai tindakan ala samseng.

“…30 samseng itu kami tak takut dan mereka bukan wakil Melayu Pulau Pinang,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.

Celaka memang betul, katanya lantang.

Ketua pembangkang itu juga beranggapan pemilihan calon wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud merupakan corak politik baharu yang berupaya membawa suara rakyat ke Parlimen kelak.

Ketua pembangkang juga turut membidas parti UMNO yang disifatkan sering mempermainkan isu politik kotor.

Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pula menegaskan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan di Teluk Intan sekadar untuk meraih undi.

Tambahnya lagi, pelaksanaan pelbagai projek berkenaan tidak mengambil kira status projek terdahulu yang kebanyakannya sudah tergendala lama.

Dyana Sofya turut meminta penjelasan mengenai status projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia yang tergendala sejak 2012 lagi.

Namun, sehingga kini projek itu masih belum dilaksanakan, katanya.

“Kerajaan telah melancarkan projek lebuh raya yang menelan kos sebanyak RM5 bilion semalam namun projek yang terdahulu masih tergendala,” katanya.

Dyana Sofya menegaskan pembinaan sekolah tersebut merupakan isu tempatan yang bakal diperjuangkannya apabila diberi mandat dalam PRK Teluk Intan, 31 Mei ini.

“Bukan kata mahu bina lebuh raya bernilai 5 bilion, pembinaan sekolah yang hanya menelan kos RM23 juta pun tak mampu dibuat lagi,” katanya lanjut.


0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP