DAP BERITAHU PAS MEREKA SEMAKIN TAK SELESA

Friday 2 May 2014

Sebagai salah satu kompenan Pakatan Rakyat (PR), DAP menyuarakan ketidakselesaan partinya apabila PAS terus berkempen mahu melaksanakan hudud di Kelantan.


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam kenyataan media semalam menyatakan bahawa PAS tidak perlu melaksanakan undang-undang hudud semata-mata untuk memenangi undi Melayu.


Menurut beliau, faktor yang menentukan kemenangan dalam pilihanraya adalah tumpuan kepada pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik, bukannya hudud.


“Jika UMNO boleh menang PRU dan undi Melayu tanpa berkempen untuk melaksanakan hudud, PAS boleh melakukan perkara sama dengan memberi tumpuan kepada isu-isu kehidupan, peluang ekonomi dan pendidikan kerana ia merupakan faktor utama yang akan menentukan kemenangan dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.


“PR telah mencatat kejayaan dalam PRU 2008 kerana kegagalan UMNO menangani ekonomi dan tadbir urus, yang membawa kepada rasuah serta salah guna kuasa. PAS juga menang ketika itu tanpa berkempen untuk melaksanakan hudud,” katanya, dilaporkanroketkini.


Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendirian DAP konsisten iaitu menolak undang-undang hudud.


Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, 28 April.


“Kita tegas dengan pendirian kolektif kita bahawa tidak akan menerima undang-undang hudud, atas hujah perundangan dan perlembagaan. Kita sudah jelaskan perkara ini sejak dulu lagi.


“Pelaksanaannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Selain itu, ia bukanlah dasar bersama Pakatan Rakyat, kerana hudud bukan agenda ketiga-tiga parti komponennya,” katanya kepada Roketkini.


Menurutnya, DAP berpegang teguh terhadap kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan pada tahun 2011 menyatakan iltizam untuk mempertahankan dasar bersama seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Buku Jingga.


Anthony Loke memaklumkan bahawa DAP kini dalam proses perbincangan bersama-sama PAS bagi mencari penyelesaian dalam isu yang timbul, namun enggan mengulas lanjut berhubung soal itu.

1 comments:

XUMNO 3 May 2014 at 05:34  

Dap kata mereka tak selesa dengan pendirian Pas nak melaksanakan Hudud di Kelantan. Dap juga kena faham yang Pas lagi tak selesa dan menyampah dengan penolakan Dap terhadap Hukum Islam yang mereka tak ada kena mengena sekelumit pun.Lain lah halnya kalau Pas bawa usul mewajibkan semua Cina Dap kena khatan atau haramkan bukan-islam makan babi, berjudi dan minum arak.

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP