Penuntut IPTA Kantoi Separuh Bogel Dalam Kereta

Friday, 9 May 2014


Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing berusia 20 tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti dan mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.

"Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan.

“Penduduk mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar pasangan terbabit separuh terlondeh.


"Penduduk menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara itu terkejut.

"Wanita berkenaan menekup mukanya manakala lelaki terbabit mengangkat kepala tanpa menaikkan tempat duduk dan terus menekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju secara mengundurkan tanpa menyalakan lampu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.

Sumber itu berkata, beberapa ketika kemudian kedengaran dentuman kuat kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum penduduk kampung mendapati kenderaan dinaiki pasangan kekasih terbabit terperosok di dalam longkang di kiri jalan selepas merempuh tiang telekomunikasi.

"Tiang telekomunikasi berkenaan tercabut dan patah dua manakala kenderaan dinaiki pasangan terbabit remuk di bahagian belakang dan pasangan itu keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut sumber, pasangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Negeri Sembilan dan penuntut wanita di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini, memberi alasan tinggal berjauhan dan bertemu untuk bersiar-siar sebelum berhenti di tepi jalan kerana mengantuk dan terlelap di situ.

Menurut Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas Shaari Samah, pasangan terbabit masing-masing berusia 20 tahun ditahan kerana berdua-duaan di dalam kereta di kawasan sunyi dipercayai kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel.

"Pasangan terbabit mendakwa tersalah jalan dan terlelap ketika berhenti di tempat kejadian. Selepas diperiksa, mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pernikahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan tangkapan khalwat pasangan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP