“Yang Penting Kondom, Lain-Lain Tak Ada Masalah” - Zura

Monday 12 May 2014


Jangan ada kondom atau membawanya dalam beg tangan jika mahu selamat dalam sebarang operasi penguatkuasaan. Itu antara tips yang dipraktikkan kebanyakan tukang urut untuk mengelakkan diri mereka dikenakan tindakan lebih tegas pihak berkuasa. 

Tukang urut akan meminta kondom daripada kaunter jika pelanggan mereka mahukan perkhidmatan seks atau menyuruh pelanggan tetap membawa sendiri alat perlindungan seks itu. 

Seorang tukang urut di sebuah hotel terkemuka di Lembah Klang yang dikenali sebagai Zura, berkata memang ada operasi pihak berkuasa di spa itu tetapi tindakan tegas hanya dikenakan jika ada terjumpa kondom dalam bilik urut. 

“Jika tidak ada kondom, tak ada masalah. Paling tidak pun sekadar tahan sekejap dan ambil nama sebelum dilepaskan semula. Kami di sini pernah kena tangkap tapi dilepaskan dan boleh kerja semula. 

“Lesen pusat urut ini tak dibatalkan pun. Jangan risau, tak ada masalah. Penguat kuasa hanya kacau jika ada pelacur warga asing. Di sini, semua orang tempatan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP