MH17: Ketua pemberontak sudah hubungi 12 pakar dari Malaysia |Kemas kini:

Sunday, 20 July 2014

BORODAI: Mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

DONETSK: Ketua pemberontak, Alexander Borodai tampil dalam satu sidang media mengesahkan sudah menghubungi 12 pakar dari Malaysia.

Kesemua mereka akan ke Donetsk untuk pengurusan mayat mangsa nahas MH17.

Borodai dalam sidang media ini menghuraikan beberapa perkara berbangkit.

Pertama, mengenai pengurusan mangsa nahas serta akses ke lokasi kejadian.

Selain itu, ketua puak pemisah pro Rusia ini mengesahkan mayat-mayat yang berjaya dikumpul tidak akan di bawa ke Kiev.

Borodai turut mengulas mengenai kotak hitam MH17.

Beliau mengesahkan kotak hitam berada dalam simpanan kumpulannya dan hanya akan menyerahkannya kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, ICAO.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh17-ketua-pemberontak-sudah-hubungi-12-pakar-dari-malaysia-40325?cp



0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP