EDITOR SARAWAK REPORT TUDUH KERAJAAN THAI KORUP DENGAN PENAHANAN XAVIER JUSTO

Wednesday 24 June 2015



Editor Sarawak Report , Clare Rewcastle Brown hari ini menulis kepada Kementerian Luar Switzerland supaya menyiasat syarikat Petrosaudi yang berdaftar di negara itu dan UK berikutan penahanan bekas pekerja syarikat Petrosaudi, Xavier Justo di Thailand semalam.

Penahan Justo semalam menjadi berita sensasi memandangkan segala tuduhan berkaitan 1MDB yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin pembangkang dan juga bekas Perdana Menteri , Tun Mahathir adalah berdasarkan dokumen yang diperoleh dari Justo . Dengan penangkapan bekas pekerja PetroSaudi itu, terjawab sudah dalang yang menjadi punca kepada krisis yang berlaku pada hari ni.

Dari petikan artikel yang viral disebarkan di media sosial;

"Justo di tahan berikutan tuduhan berasaskan bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah melakukan peras ugut serta pemalsuan dokumen yang memfitnah 1MDB. Justo dikatakan mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa diperoleh daripada PetroSaudi jika permintaannya tidak dipenuhi."

"Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh SarawakReport, sebuah blog bermotif politik. Difahamkan ,sebahagan daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan. "

Menurut maklumat yang diperoleh dari polis Thai yang menyiasat, Justo diminta untuk meninggalkan syarikat itu setelah didapati melanggar beberapa peraturan syarikat. Beliau dibayar pampasan lebih kurang sebanyak RM15.51 juta , namun meminta lagi sebanyak RM9.98 juta supaya tidak membocorkan maklumat urus-niaga PetroSaudi kepada syarikat pesaing. Dari maklumat yang diperoleh Justo merupakan seorang eksekutif IT di syarikat berkenaan.

Berbalik kepada tuntutan Editor Sarawak Report kepada Kementerian Luar Switzerland , Clare menyatakan tuntutan beliau adalah berasaskan kemungkinan berlakunya "konspirasi" terhadap Justo yang merupakan salah seorang "pengarah" syarikat berkenaan yang kononnya tidak bersetuju dengan "penyelewengan" yang berlaku. Rewcastle juga turut menghina Thailand apabila menyatakan korupsi yang berlaku di kalangan pihak berkuasa Thailand menyebabkan penahanan terhadap Justo.

Komen penulis, jumlah pampasan lebih kurang USD4 juta itu adalah satu nilai yang kecil bagi sebuah syarikat multinational yang melakukan urus niaga berbillion dollar. Malah memang wujud kes pampasan jutaan dollar yang diterima eksekutif syarikat-syarikat gergasi .

http://zeenews.india.com/business/news/international/marissa-mayers-compensation-package-worth-over-59-million_56193.html

http://www.swener.com/dispute-settled-igate-gives-phaneesh-murthy-compensation-of-usd-4-6-million/

Terdapat perbezaan maklumat mengenai jawatan Justo seperti yang dinyatakan dalam artikel2 berita dan maklumat Sarawak Report . Sarawak Report mendakwa Justo adalah salah seorang Direktor , manakala sumber lain menyatakan beliau adalah pegawai IT . Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang kritikal kerana apa yang lebih penting ialah motif pendedahan Justo itu sendiri .


0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP