BOIKOT TETAPI MENUNTUT UNTUK MUNCUL DI TV3?

Friday, 17 February 2012

Jam 11.30 pagi tadi, saya terlihat beberapa individu berdiri di hadapan Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. 

Sebaik memasuki pekarangan pejabat, saya bertanya kepada rakan.

"Apa berlaku?"

"Wakil Anwar Ibrahim Club, AIC, datang menghantar memorandum," ujar rakan.


Saya kemudian ditunjukkan salinan memorandum diserahkan oleh Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad kepada wakil Media Prima Berhad.


Berikut antara kandungan memorandum itu.

'AIC juga mencabar Media Prima Berhad melalui rangkaian Buletin Utama TV3 khususnya untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk muncul secara ekslusif dalam masa terdekat, agar beliau mempunyai medium untuk menjawab serangan berta sebelah yang dilancarkan terhadap beliau saban hari'

Saya tidak begitu pandai berhubung perihal politik di negara ini.

Bagaimanapun, sebelum ini saya dimaklumkan, penyokong Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (klik) memboikot TV3, khususnya Buletin Utama. 

 
Gambar Datuk Seri Anwar juga dipaparkan di halaman terbabit.


Mereka menggelar TV3 sebagai TV tiga suku. Justeru mengapakah AIC menuntut Media Prima memberikan ruang untuk Datuk Seri Anwar muncul di stesyen televisyen dilabel sebegitu dan diboikot selama ini?

Adakah penyokong beliau akan menonton Buletin Utama?

Biarpun saya bekerja di syarikat penyiaran, saya juga penonton program televisyen. Pandangan saya, sebagai penonton, kita semua mempunyai pilihan berhubung bahan dipaparkan di televisyen. Tidak perlu memboikot stesyen televisyen kerana saya pasti banyak program disiarkan bermanfaat kepada masyarakat.

Buat pilihan tepat.

Sebelum ini, saya menulis berhubung tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mewakili partinya, menggesa  Datuk Seri Anwar menarik kembali kenyataan beliau dilaporkan menyokong Israel.

Klik di sini.

Hemat saya, lebih molek jika pemimpin PKR itu terlebih dahulu memberikan penjelasan beliau berhubung kenyataannya di Wall Street Journal kepada Datuk Nik Aziz. 

"Pandangan saya mewakili PAS, itu pandangan dia (Datuk Seri Anwar) mewakili PKR," ujar Datuk Nik Aziz di Buletin Utama malam ini.

Semoga perbezaan pendapat itu dirungkaikan tidak lama lagi, sebaik Datuk Seri Anwar pulang dari lawatan ke luar negara.

"Berapa ramai ahli kelab datang?," soal saya kepada rakan lama memerhati kesibukan di pintu masuk Sri Pentas.

"Itu dia orang, sudah hendak balik," balasnya.


"Dua orang?," tanya saya.

"A'ah," balasnya.

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/boikot-tetapi-menuntut-untuk-muncul-di.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP