PROVOKASI TERDESAK PIHAK UMNO.

Friday 17 February 2012

PASIR GUDANG - Siri-siri provokasi pihak terdesak nyata tiada penghujungnya apabila edaran risalah yang dipercayai sebagai tindakan untuk menjejaskan reputasi pimpinan pembangkang dengan harapan rakyat tidak berada dalam program anjuran Pakatan Rakyat.

Difahamkan, operasi penyebaran ribuan risalah itu dilakukan sempena kehadiran Datuk seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia ke kawasan Flet Tasek 64, Bandar Seri Alam, dekat sini, baru-baru ini.

Untuk rekod, Parlimen Pasir Gudang antara kawasan yang kerap berdepan dengan provokasi, kebanyakannya membabitkan kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat.

Syed Othman Syed Abdullah, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Johor yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, tindakan sedemikian merupakan provokasi yang tidak bertamadun kerana program berkenaan mendapat permit daripada pihak polis.

Ketakutan yang diterjemahkan melalui aktiviti risalah berbentuk hasutan tersebut ujarnya sebagai petanda bahawa sokongan rakyat terhadap mereka semakin merosot sedikit demi sedikit.

Paling menyedihkan, pihak terbabit turut menggunakan khidmat kanak-kanak bawah umur dan ini memperlihatkan betapa jentera mereka tidak berupaya menyaingi kemaraan pihak pembangkang.

”Kita kesal dengan tindakan itu kerana ribuan risalah yang diedarkan bukan sahaja berbentuk hasutan dan lucah, malah menggunakan kanak-kanak bawah umur untuk mengedarnya ke kawasan Masjid, rumah dan tempat meletak kereta awam,” katanya lagi

http://syed-othman.blogspot.com/2012/02/provokasi-terdesak-pihak-umno.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP