ISU KFC I-CITY JELASKAN LAYANAN TERHADAP MELAYU-BUMIPUTERA JIKALAU PAKATAN BERKUASA!!!

Saturday 11 February 2012


Khalid Samad mengambil inisiatif untuk membuktikan yang Melayu dan Bumiputera sentiasa bersalah pada sepanjang masa apabila mengaturkan pertemuan dansidang media bersama wanita yang telah merakamkan video tragedi KFC I-CITY bernama jes6366.

Dengan hanya berpandukan kepada keterangan sebelah pihak yang menyalahkan Melayu pekerja KFC, Khalid Samad meringankan beban tugas DAP yang sedang back-fired ekoran sokongan serta merta mereka kepada pelanggan berbangsa Cina itu dan menjadikannya sebagai isu perkauman.

Itulah nasib yang akan menimpa Melayu dan Bumiputera sekiranya Pakatan memerintah negara ini. Semuanya akan dipersalahkan ke atas batu jemala Melayu dan Bumiputera sekiranya apa-apa yang berlaku ke atas orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina.

Sekaligus mengingatkan kita semua kepada sejarah penjajahan Pahang oleh Inggeris apabila seorang Cina yang dibunuh kerana perselisihan faham antara kongsi, tetapi Inggeris menyalahkan Sultan Pahang kerana kematian 'rakyat' mereka itu yang kemudian berakhir dengan Pahang berada di bawah jajahan takluk Inggeris.

Inilah yang sedang berlaku dan sedang berulang.

Melayu dan Bumiputera sentiasa terpaksa menanggung BEBAN semata-mata untuk memastikan negara ini berada dalam keadaan aman sentosa, tetapi pada masa yang sama, puak yang satu lagi akan sentiasa berkelakuan untuk mewujudkan masalah demi masalah dalam usaha mereka mengekalkan keserakahan dan ketamakan.

Menang Pakatan, pandai-pandailah Melayu dan Bumiputera untuk membiasakan lidah mereka dengan panggilan TUAN kepada balaci-balaci DAP dan TUANKU kepada DAP!!!!

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/02/isu-kfc-i-city-jelaskan-layanan.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP