Siapa bohong? Petra atau Suhaimi?

Saturday 11 February 2012

Gendang gendut, tali kecapi. Bangkit tidoq,kita sambung lagi.

Oleh yang demikian;

1. Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan

Yang ni Petra kena buktikan.

2.Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan.

Setuju. Double Dignity bodoh! Pi minta kat Amir Sari pasai apa? Mintak la kat KSSB. Tapi…Amir Sari lagi bodoh..pi sokong buat apa?

3.Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta.

Juga setuju.

•Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.

Irrelevant!!. Kecuali kalau hang tunjukkan bukti bahawa hang dilantik jadi Pengarah lebih awal. Tak kan tak ada minit mesyuarat kot? Dan adakah hang mengatakan surat ini langsung tidak wujud? ataupun hanya tarikhnya dipinda?

•Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari – bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.

Surat itu ditandatangani oleh Amir Sari. Amir perlu jawab…surat itu sebenarnya bertarikh bila?

•Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu.

Yang ni Raja Petra kena jawab.

SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.

Orang minta surat sokongan pasai apa? bukankah untuk mempengaruhi sesuatu? Kalau aku nak minta bantuan lembu kat kerajaan BN…tak kan aku nak suruh Anwar sokong. Dah tentu kena reject. Jadi aku mintak la sokongan dari Nazri Aziz ka..orang pejabat haiwan tengok sain Nazri pun dah cukup.

•YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan.

Yang ni pun pelik!! So..surat tu sah! Tapi dengan syarat mematuhi prosedur. Hello brader…bukan ka surat itu ditujukan kepada Amir Sari…lepas tu surat tu pi mana? Nak ikut prosedur sapa?
•Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.

Irrelevant!! jawab soalan kat atas dulu.

•Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.

Tu pasai aku tanya. Surat itu sebenarnya bertarikh bila kalau bukan 18.01.2010? Adakah bertarikh Disember 2009? atau November 2009? Amir mesti tau tarikh sebenar sebab dia yang mengesahkan surat tersebut dikeluarkan.

•Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasionalah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan.

Balik-balik BN. Masalahnya, Suhaimi duduk dalam lembaga Pengarah KSSB. Lepas tu dia kata dia juga pengarah Double Dignity. Memang la tak payah menghubungi pegawai yang berkenaan sebab hang pakai dua kerusi.

•Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan.

Aku setuju. Dalam konteks Kumpulan Semesta, memang tak ada penyelewengan kerana permohonan dibuat kepada Amir Sari..bukan kepada kumpulan Semesta.

•Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawa tindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikan sama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini.

Baru tau ka? Ataupun dah terperangkap baru tau? So sekarang..hang mengaku hang dah terperangkap?Yes..it was a trap..but you walk into the trap!!. (pinjam kata Lee Kuan Yew).

BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memeras ugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Hearsay!! Ada Raja Petra sebut macam tu?

•Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah.

Ok la tu.

•Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnya adalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.

So…betul la hang terima elaun RM5,000 sebagai pengarah kan..

•Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petra seperti berikut:

TARIKH
15 Ogos 2009

JUMLAH (RM)
3,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
_______________________

TARIKH
25 Ogos 2009

JUMLAH (RM)
2,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009
________________________

TARIKH
9 September 2009

JUMLAH (RM)
10,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah Pembohongan semata-mata. Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata.
_________________________

TARIKH
16 dan 17 September 2009

JUMLAH (RM)
5,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan. Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan September dibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung
_______________________

TARIKH
30 September 2009

JUMLAH (RM)
10,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan.Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.

Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya.
_______________________

TARIKH
5 Januari 2010

JUMLAH (RM)
50,000

TUJUAN PEMBAYARAN
Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya.

Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliau pada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang mengubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu.

Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS.

Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjaman tersebut.

Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd.

Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkan kegunaannya.

Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut:

1) RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bank kepada kontraktor

2) RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah

3) Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak saya yang kemudiannya disampaikan kepada A.

Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain.

Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan.

Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputar belitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam ‘permainan’ ini

•Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari raya berjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepada saya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.

•Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalam Double Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitu bagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009.

•Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagi tujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan saya seperti yang dituduh Raja Petra.

fuh!! Panjang hujah Suhaimi.Aku boleh terima 10k sumbangan untuk jamuan raya dan 50k untuk dipinjamkan kepada kawan. Tak boleh ka hang bagi bukti sikit supaya nampak kredibel. Resit penerimaan ka…transaksi bank ka.

Soalnya sekarang..macam mana hangpa berdua boleh terima elaun pengarah sedangkan hangpa cuma jadi pengarah bulan Januari 2010. Ni dah jadi macam lembu fidlot. Duit dah habih baru sain perjanjian.

PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI

•Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra. Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam.

Brader Suhaimi…Macam mana hang tau perbualan itu diputar belit? Hang ada rakaman asal?

Dei Petra…itu rakaman betui ka atau auta punya?

•Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya.

Petra keliru atau hang yang keliru?
Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.

ok..persepsi. Bukan kebenaran.

Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat

Tak relevan!! Ini skandal pasir..yang tu skandal lembu.
Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa.

SPRM dah buat kenyataan rasmi atau tidak? Ataupun depa kata..”masih dalam siasatan”? Jangan percaya cakap mulut saja…sat lagi hang masuk lagi satu perangkap.

Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Tak relevan….tak relevan.
Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskan bagi kepentingan peribadi kami.

Tak relevan…tak relevan. Ini kes yang berkaitan dengan Double Dignity saja. Tak boleh la nak kaitkan dengan kes lain. Kes lain…kita buat kertas pertuduhan yang lain.

Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.

Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Toksah la nak tumpang glamer NFC. Yang tu biarkan la Rafizi yang handle. Macam mana kalau SPRM kata tak ada kes. Polis kata tak ada kes. AG kata tak ada kes….apakah itu bermakna Rafizi buat fitnah?

Perbicaraan ditangguhkan sehingga ke satu masa yang ditetapkan.……

http://www.malaysiatimes.my/2012/02/11/siapa-bohong-petra-atau-suhaimi-2/

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP