Pas mahukan keadilan untuk penghina Nabi SAW?

Monday, 13 February 2012

Apa tue?

Jap. PAS mahukan apa? Keadilan? Untuk siapa? Kejap. Harakah salah lapor neh kot. Ye tak? Sangka baik neh. Siyes beb. Lihat bawah neh ;



Terdapat kecelaruan maklumat dalam isu neh. Info yang betul ialah bukan si mamat neh nak balik arab saudi tapi lelaki neh nak lari dari arab saudi. Selepas suka suki menghina Nabi saw dia nak larikan diri. Okeylah tue at least dia tahu rasa takut.

Dan ia bertambah2 okey bila dia secara sukarelanya memohon ampun dan mahu bertaubat. Kenyataan di petik dari twitter milik dia sendiri. Tak kesah lah pun apa yang akan berlaku ke atas dia tapi aku percaya kerajaan arab saudi ada caranya nak memastikan kejadian neh tidak berulang lagi.

Mungkin ada di antara korang yang tak faham kenapa kita beria2 sangat nak marah isu orang yang hina Nabi saw neh kan. Isu nya mudah. Kalau hari neh kita biarkan sahaja mereka2 neh hina Nabi saw dengan buat statement2 yang mengelirukan dan tidak di ambil sebarang tindakan kita bimbang budaya neh jadi ikutan. Nanti semua orang pun nak merasa bebas menghina Nabi saw dan sebagainya. Sebab tue jika arab saudi mahu mengambil tindakan tegas ini sesuatu yang aku puji.

Tapi aku percaya juga kita wajar menghormati kerajaan arab saudi. Meskipun kita tiada apa2 perjanjian ektradisi dengan arab saudi tapi itu bukan isu. Isunya dia hina Nabi saw. Sanggup kah kita beria2 pongpang pertahankan perlembagaan negara kita dan mahu dilihat baik di sisi dunia dengan mempertahankan hamza? Walaupun n surendran kata tindakan neh mencemarkan imej malaysia di mata undang2 tapi dia apa tahu? Kita peduli apa dengan undang2 dunia rekaan manusia?

Tak kesah der lue nak anggap wa langgar undang2 der. Janji lue jangan bagi wa serba salah dengan memilih antara undang2 dunia dengan penghina Nabi saw. Wa takmo rasa serba salah. Sebab tue tindakan kerajaan neh disokong.

Tapi... ya ada tapi. Yang aku peliknya.. apa kena mengena isu neh dengan pas? Arhh jap. Individu tue menghina Rasul Allah swt. Dia dah mengaku dan mahu bertaubat. Bukan dalam konteks dipercayai ye. Tetapi dia memang dah mengaku dan dia akan bertaubat.

So dalam konteks neh sepatutnya pas menyokong kerajaan arab saudi bicarakan wartawan terbabit. Dan diharapkan agar wartawan terbabit bertaubat. Tapi apsal artikel neh bercelaru dan mencelarukan?

Cara mana kerajaan arab saudi nak tetapkan hukuman rasanya itu bukan urusan aku, ko dan pas kan? Siapa kita yang nak menyemak dan ikut campur dengan mempertahankan orang yang hina Rasul Allah swt? Kalau minta maaf boleh selesaikan isu maka hapuskan sahaja sistem mahkamah.

Dan lagi satu.. sepanjang yang aku faham sehingga ke detik neh.. pas itu maksudnya parti islam semalaysia. Ke ada sapa2 nak bagitau aku bahawa pas yang aku faham bukan lagi sepertimana yang aku faham?

Ameno : Apakah itu?

http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/pas-mahukan-keadilan-untuk-penghina.html#ixzz1mHJAlJ5Q

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP