Punca Anwar gagal rampas Putrajaya

Sunday, 19 February 2012





Keengganan seorang ahli perniagaan, Encik John Soh Chee Wen, menyumbangkan RM300 juta ($124 juta) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, yang pernah rapat dengan Datuk Seri Anwar, mendakwa wang RM300 juta itu sangat diperlukan Datuk Seri Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

'John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut, melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

Tiga cukung bertemu di London (Baca di sini)

'Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

'John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang,' katanya.

Raja Petra dipetik sebagai berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk Episod 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2), kelmarin.

Tambahnya, hubungan Datuk Seri Anwar dengan Encik Soh, 50 tahun, mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Cik Elizabeth Wong, ekoran kontroversi gambar bogelnya.

'Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu,' katanya.

Sementara itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki Encik Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, Encik Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

'Apa yang ramai orang tidak tahu kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang,' katanya. -- Utusan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Recent Posts

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP