Video Lord Murujib Perlekeh Kelantan
Sunday, 19 February 2012
Macam biasa najib perlu membodek rakyat Sabah untuk kekalkan kuasa barisan nasional keatas negeri itu. Almaklumlah petronas baru jumpa telaga minyak di pesisir pantai sabah. Kalau kuasa kekal, Royalti minyak dah tentu mengalir ke projek kroni umnobn dan bukan dinikmati oleh rakyat Sabah. Sebabnya Umnobn terkenal dengan pengurusan kewangan yang tidak berhemah.
Tidak ada gunanya, jika sebuah negeri hanya kaya tapi rakyatnya hidup susah... nak makan susah, nak minum air bersih susah... apatah lagi untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. Berbeza dengan menteri-menteri perompak berlambang Dacing tetap bergelumang kemewahan menikmati kekayaan hasil bumi Sabah.
Memang Kelantan Negeri Termiskin Berbanding Sabah. Memandangkan Sudah 20 tahun menteri besar TG Nik Aziz memerintah Kelantan namun 'tidak mampu' nak upgrade rumah jadi banglo. Berbeza dengan menteri perompak dari umnobn baru 2 tahun pegang jawatan dah boleh buat rumah agam besar gedabak.
Namun masih ada yang hairan...
Kelantan negeri termiskin tetapi... negeri itu menduduki tempat kedua dalam "Kadar Hutang Negeri Terendah" setelah umno kelantan meniggalkan hutang 720 juta pada tahun 1990. Kalau negeri miskin takkan boleh bayar hutang peninggalan umno beruk turr.
Kelantan negeri termiskin tetapi... ada pulak pelabur buka pasaraya Tesco di negeri tersebut. Malah Setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari. Dan 85% pelanggan TESCO Kota Bharu membuat pembayaran dalam bentuk tunai yg merupakan peratusan pungutan tunai tertinggi di Malaysia. Miskin kah mereka jika mampu membeli secara TUNAI?
Kelantan negeri termiskin tetapi... bila anda ke ceruk kampung di daerah sekitar kelantan anda pasti melihat setiap rumah ada sebuah kereta. Pelikkan... Kalau miskin kereta kecil pun mereka tak mampu beli.
Dan Paling hairan Kelantan akan bina lebuhraya TANPA BANTUAN KERAjaan Persekutuan....
Nota:
Berita mengenai pembangunan ekonomi Kelantan banyak disekat, dikawal ketat serta diputar-belit oleh pihak tertentu. Maka ramai org di luar sana tidak peka terhadap pencapaian Kelantan yang cemerlang. Kelantan dikira cukup baik kerana ia mampu mencipta rekod cemerlang dlm masa jangka masa yg pendek iaitu 20 tahun. Jika PAS dapat memerintah Malaysia dengan jujur, InsyaAllah, negara kita akan menjadi lebih maju berbanding sekarang dan hak semua rakyat dituntut.
Sila fahami kiasan ini... Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan. ~Nik Abdul Aziz Nik Mat
http://budakkampungonline.blogspot.com/2012/02/video-lord-murujib-perlekeh-kelantan.html
0 comments:
Post a Comment