Orang Asli Gesa Nik Aziz Mohon Maaf
Saturday, 21 April 2012
PETALING JAYA: Masyarakat Orang Asli Kelantan menggesa Menteri Besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang mendakwa demonstrasi di Kompleks Kota Darul Naim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat negeri itu.
Kegagalan Nik Aziz berbuat demikian akan menyebabkan Kelantan bakal kehilangan undi daripada masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Ketua Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Kelantan, Azmi Badol merasa terhina dengan kenyataan Nik Aziz yang menganggap mereka bukan di kalangan masyarakat Kelantan.
Katanya, tindakan Nik Aziz berterusan mengabaikan masyarakat Orang Asli di Kelantan, malah kehadiran mereka dalam demonstrasi pada Ahad lalu itu juga menggunakan hasil titik peluh sendiri.
“Kami rasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar yang anggap kami bodoh dan kata kami bukan orang Kelantan. Segala tempahan bas dan kos dikumpul orang kampung untuk kami berhimpun di Kota Bharu.
“Masalah kami tidak pernah diambil peduli, malah kami tidak dihormati dan tidak diiktiraf. Menteri besar sentiasa dalam penafian dan tidak berniat menyelesaikan masalah Orang Asli di Kelantan.
“Kami mahu Nik Aziz mohon maaf dan perjelas bahawa ada dalang dari luar. Jika kenyataan itu tidak ditarik balik, Orang Asli tidak akan undi mereka. Malah undi Orang Asli ke atas pembangkang akan hilang di mana-mana negeri,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pada 17 April lalu, Nik Aziz mendakwa demontrasi Orang Asli yang diadakan di Kompleks Kota Darul Naim baru-baru ini bukan di kalangan masyarakat Kelantan.
Katanya, Orang Asli luar Kelantan telah digunakan pihak tertentu kononnya untuk menyerahkan memorandum kerana tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri.
Ahad lalu kira-kira 300 masyarakat Orang Asli berhimpun di depan hadapan Pejabat SUK bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang dikatakan berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.
Mereka telah berkumpul sejak awal 9.00 pagi sambil membawa pelbagai kain rentang yang didakwa telah menderita di atas tindakan kerajaan negeri selama ini.
Sementara itu, penduduk Kampung Pahong Pos Bihai Gua Musang, Harom B Asir, 61, turut menyatakan kesedihan sama apabila Nik Aziz mendakwa demonstrasi Ahad lalu didalangi orang luar.
“Kami tidak puas hati tindakan Menteri Besar kata kami tiada hak ke atas tanah. Pernah kata Orang Asli pendatang, bukan orang sini.
Kami orang yang turun temurun (pemastautin) di bumi Malaya,” katanya – FMT

0 comments:
Post a Comment