Akhirnya Prof. Kangkung Ini Ditendang Juga Dari UITM

Thursday, 7 June 2012

DATUK PROFESOR DR RAMLAH ADAM KENA TENDANG DARI UITM

Tak kira enko dah berpuluh tahun jadi ahli umno atau penasihat PERKASA. Kalau enko bukan kaki ampu, atau bukan kaki angguk, maka enko kena tendang.

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam adalah salah satu daripada mereka yang tak suka bermuka-muka. Beliau memang pemegang keris bogel yang setia dan salah seorang penasihat PERKASA yang suka berterus terang. Kalau dia rasa tak betul, dia akan kata tak betul, walaupun yang memberi pandangan itu ahli umno, walaupun Ketua Menteri sekalipun. Beliau juga seorang ahli sejarah yang berwibawa.

Jangan kata Yong nak mengampu Datuk Profesor Dr Ramlah ye. Yong bersikap adil. Memang ada kalanya kita tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Ideologi politiknya sudah tentu bercanggah dengan Yong. Tapi dalam kes Lynas, Kampung Baru dan alam sekitar, kami sependapat.

Dalam kes kontrak tidak diperbaharui, adalah amat-amat aneh.

Datuk Profesor Dr Ramlah telah diingatkan supaya memohon untuk menyambung kontrak. Beliau melakukannya 6 bulan sebelum kontrak tamat. Tetapi akhirnya surat dukacita juga yang diterima. Hari ini kabarnya ada jamuan di fakulti khas untuk ucap terima kasih dan selamat jalan untuk Datuk Profesor Dr Ramlah. Apa sudah jadi? Orang yang hendak diraikan tidak hadir.

Yong nak gelak pun ada bila dengar cerita kawan mengenai jamuan yang tak jadi ni.

DATUK, SELAMAT MENCARI LANDASAN PERJUANGAN YANG DIREDHAI ALLAH. 

http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/06/datuk-profesor-dr-ramlah-adam-kena.html

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Recent Posts

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP