Mashitah Ibrahim - Hukum Hudud Adalah Hukum Yang Remeh

Thursday 7 June 2012

DR MASHITAH IBRAHIM | "Hukum hudud itu tidak sampai satu persepuluh daripada perundangan Islam ' '

Dr Mashitah Ibrahim
Isu hudud dilihat menimbulkan banyak kekeliruan di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Bila membicarakan isu itu, hanya aspek hukuman sula, rejam dan potong tangan digembar-gemburkan, malah filem Allahyarham P. Ramlee, "Semerah Padi" dijadikan tauladan.

Bagi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, masyarakat Islam sebenarnya gagal melihat konteks hudud dalam perundangan Islam secara keseluruhannya. Hudud itu hanya satu bahagian daripada bab jenayah dalam perundangan Islam.

"Hukum hudud itu tidak sampai satu persepuluh daripada perundangan Islam. Hanya kira-kira 30 ayat daripada 6,000 ayat al-Quran sahaja yang membicarakan hudud," jelas beliau dalam program khas Sembang Online di TV Utusan baru-baru ini.

Berita Asal Daripada : Utusan Tv

http://zulhairiaziz99.blogspot.com/2012/06/dr-mashitah-ibrahim-hukum-hudud-itu.html

1 comments:

Nazaruddin si Hamba Allah 7 June 2012 at 21:58  

Macam mana uistazah UMNO ni... kalau kita tolak atau tak yakin walau satu ayat pun daripada ayat-ayat Al-Quran pun dah boleh gugur syahadah kita, ini kan pulak 30 ayat! Banyak-banyak beristighfar lah ustazah oiiii...

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP