ENTAHLAH PAS OIII..

Saturday 2 March 2013

Antara dakyah berterusan BTN ialah Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang menang pilihan raya. Ianya dipercayai oleh ramai pegawai kerajaan dan mahasiswa kerana golongan ini yang selalu diwajibkan menghadiri kursus khas anjuran BTN.

Realitinya ialah Melayu Pas/PKR akan lawan Umno di dalam sesuatu kerusi pilihan raya. Maka ada satu Melayu kalah dan ada satu Melayu yang menang. Mungkin Melayu Umno menang atau mungkin Melayu Pas /PKR yang menang. . Jumlah kerusi Melayu dalam parlimen tetap sama.

Sebaliknya DAP akan berlawan MCA/Gerakan/MIC Maka kerusi bukan Melayu tetap sama banyaknya jika sesiapa pun yang menang.

Maka ditambah dakyahnya, Cina DAP akan bergabung dengan Cina MCA untuk membuang kuasa Melayu dalam parlimen. Macam mana Cina DAP nak bergabung dengan Cina MCA dalam parlimen kerana MCA tidak ada kerusi dalam parlimen, yang dtelah dimenangi oleh DAP.

Hakikatnya Umno yang menang, tak pernah memberi peluang kepada Pas untuk menjaga Majlis Ugama Islam, sehingga Majlis Ugama Islam diperalatkan untuk kepentingan Umno. Tetapi DAP yang menang di Pulau Pinang, memberi peluang kepada Pas (yang menang satu kerusi sahaja) untuk menjaga Majlis Ugama Islam Pulau Pinang. Siapa yang baik, Umno atau DAP??? Jika Pas tak pandai mengambil peluang memperkukuhkan Islam melalui Majlis Ugama Islam Pulau Pinang, itu salah Paslah oi!!!!

Dengar kabarnya Dr Mujahid yang lebih bijak sebagai anggota Lembaga Zakat Pulau Pinang disingkir dan digantikan dengan seorang aktivis Pas yang tak reti apa pun. Betul betul macam kelaku Umno, lantik orang yang tak layak!!! Entahlah Pas oi..

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP