Najib: BR1M akan disalurkan setiap tahun

Tuesday 19 March 2013


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara tahunan.

"BR1M 1.0 dan BR1M 2.0... telah memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah.

"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 malam ini.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP