PAS P.Pinang umum calon malam ini

Thursday 4 April 2013

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan mengumumkan nama-nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 dalam mesyuarat Badan Perhubungan Negeri malam ini kata, Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man (gambar).

Selepas sehari dua sambungnya, mungkin satu majlis pengumuman secara rasmi akan dibuat.

Jelas beliau lagi, kali ini PAS Pulau Pinang akan bertanding di enam kerusi berbanding lima kerusi iaitu Penaga, Sungai Dua,Permatang Berangan, Permatang Pasir, Bayan Lepas dan Sungai Acheh.

Manakala Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor tetap menjadi taruhan PAS sebagaimana tahun 2008.

"Malam ini saya akan kemukakan pada semua Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri sebelum kepada media dalam masa yang terdekat," ujarnya.

Menurutnya, untuk memastikan kemenangan PAS di negeri ini semua jentera PAS wajar menambah giatkan lagi usaha jentera secara menyeluruh supaya semua pergerakan berjalan serentak.

Kali ini tegasnya, PAS akan memastikan berlaku pertambahan kerusi untuk mengimbangi kedudukan kerusi PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Rosidi Hussain pula mengingatkan pertugas PAS usah lagi pandang kebelakang sebaliknya teruskan pacuan ke hadapan dengan bertemu rakyat atau pengundi seramai mungkin.

Manakala dari segi jentera, mereka wajar mencari kerja apa yang patut dan jangan sekali-kali mengharapkan kerja dari orang lain.

"Semua jentera PAS kena melipat gandakan supaya perjalanan dan aktivti kita terus maju dan ada perkembangan

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP