Terkini!! PapaGomo Sah Bertanding PRU13 Lawan Anwar Ibrahim.

Friday, 5 April 2013


Melalui sumber yang sangat dipercayai, Individu yang dituduh sebagai pengendali blog papagomo.com tekad akan bertanding dalam PRU13 untuk melawan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Sumber memberitahu yang invidu yang dituduh sebagai papagomo tersebut telah berhubung dengan SPR bertanyakan syarat dan peraturan bagi melayakkan diri beliau sebagai calon dalam PRU13.

Beliau juga tidak berhasrat untuk bertanding atas tiket BN sebaliknya memilih parti bebas bagi melawan PKR yang mana calonya adalah Anwar Ibrahim.


Ditanya apakah beliau yakin yang dapat mengalahkan Anwar Ibrahim nanti, individu tersebut dengan bersahaja menjawab "kalah sudah pasti, tetapi saya akan minta bantuan papagomo sebenar untuk bantu berkempen dan dedahkan salahlaku Anwar Ibrahim".

Sumber juga berkata, dalam masa terdekat individu tersebut bersama dengan rakan beliau akan ke SPR untuk membeli borang pencalonan.

Difahamkan juga, satu pertubuhan bukan kerajaan akan melancarkan tabung untuk membantu dana bagi menampung perbelanjaan sepanjang tempoh pilihanraya kepada individu yang dituduh sebagai papagomo tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Recent Posts

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP