HOT! Lagi Kumpulan Kongsi Gelap Di Tangkap Polis!

Monday, 9 September 2013

Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di Kangar semalam.

Menurutnya semakan polis mendapati tujuh daripada mereka memiliki pelbagai rekod jenayah manakala ujian air kencing pula menunjukkan ada di antara 10 suspek terbabit positif dadah.

Kesemua mereka beralamat di Selangor dan berdasarkan tatu pada badan masing-masing lapan ialah anggota Geng 08 dan masing-masing seorang anggota Geng 04 dan Geng Satu Hati, katanya.

Menurutnya pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata berbahaya.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut, kata Tengku Mohd Zailan.

-Bernama

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP