OPS CANTAS SATU SANDIWARA..
Monday, 9 September 2013
Baca laporan dibawah,
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang terus mempolitikkan usaha kerajaan dengan mendakwa Op Cantas membanteras secara besar-besaran penjenayah sebagai sandiwara menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO.
Beliau berkata, tindakan tersebut tidak ada kena mengena dengan pemilihan parti sebaliknya usaha berterusan kerajaan membanteras sehabis-habisan penjenayah terutama di kalangan anggota kongsi gelap.
"Jangan politikkan isu yang serius ini dengan mendakwa apa yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya 'hangat-hangat tahi ayam' untuk Perhimpunan Agung UMNO.
"Saya tidak perlukan publisiti murahan sebegini sebab itu pengumuman nama-nama kongsi gelap ini bukan diumumkan saya tetapi oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Taklimat Modul Kerohanian Jabatan Penjara dan Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Sama-sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ahmad Zahid mengulas dakwaan Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam sebuah akhbar baru-baru ini, yang mendakwa beliau hanya bersandiwara dalam isu pendedahan senarai nama ahli kumpulan kongsi gelap bagi menarik perhatian ahli UMNO menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment