Selfie OK.. Tanya Soalan KO..

Monday, 14 March 2016



Seorang ahli parlimen DAP bingung mengapa mengambil selfie dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dibenarkan tetapi bukannya mengajukan soalan kepadanya.

“(Ia) agak pelik sebab perdana menteri kini rajin dan giat turun padang di bumi kenyalang untuk majlis-majlis bertemu dengan peminat-peminat untuk bersalam atau berselfie.
“Tetapi apabila dua wartawan Australia mendekati perdana menteri untuk tanya (mengenai) skandal 1MDB, tiba-tiba ia dianggap sebagai satu jenayah oleh pihak berkuasa di Malaysia,” kata Kashturi Patto (DAP-Batu Kawan) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas penahanan dua wartawan Australia Broadcasting Corp (ABC) di Sarawak, Sabtu lalu ketika cuba mengemukakan soalan kepada Najib.

Polis mendakwa kedua-dua mereka begitu "agresif" mendekati Najib sehingga menyebabkan penangkapan itu.

- malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP