Malaysiakini & Pakatan Haram Marah “Kitab Suci Mereka” Di”Tong Sampah”kan?

Monday 13 February 2012

Saya hanya tersenyum lebar ketika membaca laporan di Malaysiakini.com yang seolah-olah tersinggung dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, hari ini.


Sudahlah beliau tak kasi Malaysiakini masuk buat liputan ucapannya depan 317 orang pemimpin Felda, di”tong sampah”kannya pulak kitab suci Pakatan Haram, Buku Jingga! Habislah Ahmad Maslan lepas ni, silap-silap dikafirkannya lagi..! Heh!

Sebenarnya, sudah ramai di kalangan pemimpin BN yang mem’bakul sampah’kan buku jinggay itu, bukan setakat Ahmad Maslan saja.

Kenapa?

Kerana dasar-dasar di dalam buku jingga itu semuanya mengarut, termasuklah salah satu dasarnya berkenaan Felda. Dalam kitab suci Pakatan Haram itu, mereka bertekad untuk melenyapkan Felda dari muka bumi ini, manakala tanah-tanah di bawah “Felda Plantation Sdn Bhd” itu akan difaraidkan di kalangan generasi kedua dan ketiga, serta mereka-mereka yang layak.

Gila ke apa? Pertamanya, Felda Plantation tu mana ada tanah! Yang memiliki tanah Felda ialah Lembaga Felda. Sebab tu FGVH terpaksa sewa tanah Felda tu selepas penyenaraian di Bursa Malaysia nanti. Jadi, macamana mereka nak faraidkan tanah Felda Plantation kalau anak syarikat Felda tu tak memiliki tanah?

Sebenarnya, mereka celaru. Felda Plantation tu hanya menguruskan hal ehwal tanaman peneroka saja. Maksudnya, ia merangkumi penanaman semula, baja, subsidi, jentera dan sebagainya. Lain kali, selidik dulu faktanya sebelum serbu macam tak pakai helmet! Kan dah kena…

Buku Jingga nak faraidkan tanah tu (itu pun kalau ada tanah la). Dalam ertikata lain, memang itu pun tujuan Mazlan Aliman selama ni. Mazlan Aliman tu anak peneroka Felda. Dia tak puas hati sebab tanah Felda tu tak jadi miliknya. Sebab tu dia nak bahagi-bahagikan tanah tu.

Sejak 1990 lagi Felda sudah tak beri tanah kepada peneroka dan di antara sebabnya ialah sebab orang macam Mazlan Aliman ni la. Dia nak tanah secara percuma sedangkang dia sibuk bekerja di tempat lain dan tak mengusahakan tanah tu.

Mana boleh beri tanah percuma begitu pada Mazlan. Tak adillah. Kalau Mazlan Aliman boleh dapat tanah tu, kita pun nak jugak, kan? Kalau beri tanah pada Mazlan Aliman, rakyat yang lain pun nak jugak tanah, tak gitu? Nampak tak agenda Mazlan Aliman?

Terus terang saya beritahu, saya memang pantau isu Felda ini dari masa ke semasa kerana ia melibatkan masa depan dan hidup lebih 112, 635 keluarga Melayu di seluruh negara. Keluarga, bukan individu! Dan peneroka sendiri memang ‘tong sampah’kan Buku Jingga!

Dalam pengetahuan saya, bukan sekadar pemimpin, penyokong UMNO/BN, rakyat dan peneroka saja yang mem’bakul sampah’kan Buku Jingga, malah orang-orang PAS pun begitu!

Nak tahu kenapa? Sebabnya, kata mereka, buku itu tak ada hudud dan dasar-dasar perjuangan sebenar PAS! Tapi yang paling mereka sakit hati ialah tentang hudud yang tidak termasuk dalam agenda Buku Jingga tu. Marah betul mereka…

Justeru, Malaysiakini dan Pakatan Haram tak payah la berkecil hati dengan kami yang membuang, menolak dan mem’bakul sampah’kan kitab suci mereka itu secara total. Bukan salah kami pun. Salah mereka yang mencipta buku itu la..

Buku tu ditolak sebab tak realisitik, mengelirukan, banyak tipu dari realiti, janji bulan bintang, dan yang paling jelas kitab suci itu memang ‘sampah’!

Kalaulah buku itu bagus dan berkualiti isinya, tentu kami boleh pertimbangkan. Tapi masalahnya buku tu langsung tak boleh diterima akal! Eloklah kalau Anwar sendiri umum tarik balik buku tu, kaji semula dan lebih elok tak ada buku langsung. Bukan apa..takut memalukan Pakatan Haram lagi lepas ni. Nampak sangat bodohnya Pakatan Haram ni…heh!

http://www.mykmu.net/?p=16695

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP