VALENTINE'S DAY - MUFTI PERLIS BALUN KARPAL SINGH!!

Monday, 13 February 2012


Mufti Perlis hari ini menyatakan kekecewaannya terhadap golongan bukan Islam yang terlibat mempertikai pandangan ulama Islam yang melarang penganutnya menyambut Hari Kekasih yang jatuh setiap 14 Februari.

"Mereka (bukan Islam) sepatutnya hormat kepada Islam seperti mana orang Islam hormat kepada amalan agama mereka," kata Dr Juanda Jaya.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang Hari Kekasih, termasuk menyiarkan iklan anti sambutan itu.

Tindakan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat seperti Karpal Singh yang dilapor menggesa PAS menarik balik pendirian itu kerana bertentangan dengan hak asasi dan prinsip kebebasan.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda mempersoalkan tindakan yang disifatkan "campur tangan" terhadap urusan agama Islam sedangkan umat Islam bertindak sebaliknya.

Katanya, perkara itu mesti dielakkan supaya suasana Malaysia yang harmoni dapat dicapai.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2012/02/valentines-day-mufti-perlis-balun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fgelombangrakyat+%28Gelombang+Rakyat%29

0 comments:

Post a Comment

Pro Barisan Nasional

Pro Pakatan Rakyat

Pro Barisan Nasional

Recent Posts

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP